{"id":24842,"date":"2023-12-01T18:23:30","date_gmt":"2023-12-01T10:23:30","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=24842"},"modified":"2023-12-01T18:23:32","modified_gmt":"2023-12-01T10:23:32","slug":"pencapaian-cemerlang-usahawan-bumiputera-cetus-inspirasi-usahawan-lain-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/12\/01\/pencapaian-cemerlang-usahawan-bumiputera-cetus-inspirasi-usahawan-lain-ewon\/","title":{"rendered":"Pencapaian cemerlang usahawan bumiputera cetus inspirasi usahawan lain: Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pencapaian cemerlang para usahawan bumiputera akan menjadi pencetus inspirasi kepada usahawan-usahawan lain untuk terus mencapai kecemerlangan yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau mahu agar usahawan berjaya membantu usahawan-usahawan lain agar turut sama mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya yakin usahawan yang menerima anugerah pada malam ini boleh menjadi pencetus inspirasi dan motivasi kepada usahawan lain untuk meneladani kepimpinan dan kecemerlangan atau menceburi bidang keusahawanan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita memerlukan usahawan-usahawan berjaya untuk melengkapkan wawasan besar negara menjadikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) jaguh serantau dan mengantarabangsakan sektor PKS,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023, di Hotel Mandrin Oriental, di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Pengerusi BBEA Mahathir Mahzan dan Ketua Pengawah Eksekutif SME Corp Rizal Nainy.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, kementeriannya terbuka menerima pandangan dan cadangan pelbagai pihak mengenai pembangunan keusahawanan untuk mencapai wawasan negara menjadikan PMKS jaguh serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu sebabnya saya memilih untuk hadir dua majlis penyampaian anugerah berkaitan keusahawanan pada malam ini sebagai tanda sokongan saya kepada para usahawan agar sama-sama membina Malaysia yang lebih baik pada masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKehadiran saya dalam kedua-dua majlis anugerah ini juga adalah sokongan saya, kepimpinan negara terutamanya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) boleh bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama membangunkan keusahawanan di negara ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis itu, lebih 60 usahawan bumiputera, perniagaan dan personaliti korporat daripada pelbagai industri menerima pengiktirafan atas kecemerlangan perniagaan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima anugerah kategori Khas iaitu anugerah utama bagi kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atas kecemerlangan program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR).<\/p>\n\n\n\n<p>Anugerah diterima oleh Pengerusi YBR Datuk Philip Lasimbang dan Pengurus Besar YBR Rizal Abdul Ghani.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, atas jasa dan kecemerlangan dalam industri muzik beberapa penyanyi lagenda Malaysia turut menerima anugerah, antaranya Datuk Ramli Sarip, Datuk Zanial Abidin dan Datuk Nora Ariffin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pencapaian cemerlang para usahawan bumiputera akan menjadi pencetus inspirasi kepada usahawan-usahawan lain untuk terus mencapai kecemerlangan yang sama. Sehubungan itu, beliau mahu agar usahawan berjaya membantu usahawan-usahawan lain agar turut sama mencapai kecemerlangan pada masa akan datang. \u201cSaya yakin usahawan yang menerima anugerah pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":24843,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-24842","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24842","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24842"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24842\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24844,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24842\/revisions\/24844"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24843"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24842"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24842"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24842"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}