{"id":2482,"date":"2021-03-14T17:46:26","date_gmt":"2021-03-14T09:46:26","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=2482"},"modified":"2021-03-14T17:46:26","modified_gmt":"2021-03-14T09:46:26","slug":"kerajaan-perlu-komited-berterusan-basmi-kemiskinan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/03\/14\/kerajaan-perlu-komited-berterusan-basmi-kemiskinan\/","title":{"rendered":"Kerajaan Perlu Komited Berterusan Basmi Kemiskinan\u00a0"},"content":{"rendered":"<div dir=\"auto\">KOTA KINABALU: Kerajaan perlu komited berterusan bagi membasmi kemiskinan di negara ini.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Menurut perangkaan, Bumiputera merupakan golongan yang paling terkesan dengan rekod pada tahun 2019 sebanyak 7.2 peratus berbanding kaum lain, katanya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Beliau berkata kadar pengangguran Bumiputera bagi suku kedua tahun berikutnya ialah 5.2 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding purata nasional sebanyak 5.1 peratus.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Keadaan bertambah buruk selepas kita berhadapan krisis COVID-19 yang belum nampak tanda pemulihan. Melalui angka- angka ini saya berpendapat fokus dan penumpuan usaha pembasmian kemiskinan hendaklah menjadi agenda utama kerajaan,&#8221; katanya dalam catatan terbaharu di blognya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Salleh berpendapat, usaha itu perlu dilaksanakan mengikut setiap saluran negeri, bandar dan luar bandar meliputi semua kaum supaya kemiskinan dapat ditangani dengan lebih berkesan terutama kategori B40.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Katanya antara langkah tersebut ialah menyemak semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Sebagai contoh, penilaian semula dan pengukuran PGK menggunakan metodologi 2005 dan 2019. Perbandingan keduanya dilihat menghasilkan data yang tidak selari dan tepat berdasarkan keadaan semasa.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Sistem penilaian baru yang lebih komprehesif diperlukan supaya kedudukan PGK sebenar selari dengan perkembangan semasa serta perubahan pembangunan Malaysia dapat dijana,&#8221; katanya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Salleh berkata langkah seterusnya yang perlu diberi perhatian ialah ilmu dan kemahiran.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Ilmu dan kemahiran adalah kunci terpenting bagi membantu golongan ini keluar dari kepompong kemiskinan.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Seperti yang kita tahu pelbagai agensi dan badan yang telah diwujudkan kerajaan bagi membantu rakyat meningkatkan kemahiran dan taraf hidup. Sebagai contoh Mara dan Tekun Nasional yang menyediakan latihan dan pinjaman buat mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Bagi anak muda pula, terdapat pelbagai cabang untuk mereka melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran dengan kos yang rendah bagi memenuhi kehendak industri seperti Giat Mara dan IKBN,&#8221; katanya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Bagi memastikan keberkesanannyq, Salleh berkata maklumat mengenainya harus sampai kepada yang memerlukan.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Dalam pada itu, beliau berkata program pembasmian kemiskinan kerajaan termasuk yang dikendalikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dilihat mampu untuk mengatasi permasalahan itu.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Salleh berharap semua pihak termasuk pemimpin politik,\u00a0 pihak kerajaan atau pembangkang dapat bersatu bagi membantu rakyat yang terperangkap dalam belenggu kemiskinan.<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan perlu komited berterusan bagi membasmi kemiskinan di negara ini. Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya. Menurut perangkaan, Bumiputera merupakan golongan yang paling terkesan dengan rekod pada tahun 2019 sebanyak 7.2 peratus berbanding kaum lain, katanya. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":211,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-2482","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2482","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2482"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2482\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2483,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2482\/revisions\/2483"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2482"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2482"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2482"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}