{"id":24758,"date":"2023-11-27T08:58:22","date_gmt":"2023-11-27T00:58:22","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=24758"},"modified":"2023-11-27T08:58:24","modified_gmt":"2023-11-27T00:58:24","slug":"perubahan-senario-politik-memerlukan-umno-sabah-ubah-strategi-dan-pendekatan-dekati-pengundi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/11\/27\/perubahan-senario-politik-memerlukan-umno-sabah-ubah-strategi-dan-pendekatan-dekati-pengundi\/","title":{"rendered":"Perubahan senario politik memerlukan UMNO Sabah ubah strategi dan pendekatan dekati pengundi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU : Perubahan senario politik memerlukan UMNO Sabah juga mengubah startegi dan pendekatan mendekati pengundi, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cStartegi kita ubah, kita jangan buat apa yang kita mahu tetapi buat apa yang rakyat mahu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni politik, kalau kita masih di landasan yang dahulu juga kita akan ketinggalan..Saya terus terang bahawa mana-mana strategi yang tidak sesuai saya akan ubah serta merta dan tidak menunggu lama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMakin lama kita tunggu untuk membuat perubahan kita akan ditelan oleh perubahan,\u201d katanya ketika berucap pada Pemukiman UMNO Bahagian Kota Kinabalu di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama, Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafri Arrifin, Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu Musliati Moslimin, Ketua Pemuda UMNIO Sabah Sofian Abd Karim, Ketua Puteri UMNO Sabah Ummi Nabila Jamal dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu, Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyifatkan penganjuran pemukiman adalah sesuai untuk melihat mana-mana kelemahan, kesilapan dan kekuatan yang perlu ditambahbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya menerusi pemukiman ini, kita dapat melahirkan satu transformasi baru dalam menghadapi Pilihan Raya akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bung Moktar berkata UMNO merupakan sebuah parti jauh berbeza dengan parti lain dari segi perjuangannya yang menjadi faktor untuk terus bertahan sehingga hari ini termasuk di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau kita kalah jangan kita kecewa, ada senang dan susahnya, ada menang dan kalahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan jadi rakan-rakan kita susah sikit sudah lompat, kecewa sikit lompat..Terus terang saya katakan pemimpin yang suka lompat tidak akan sampai ke mana-mana, akhirnya akan kecundang juga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya ingat dulu tahun 80an apabila Parti Berjaya (Parti Bersatu Rakyat Jelatah Sabah) menewaskan USNO (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu) dengan kemasukan pemimpin USNO ke parti Berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi parti Berjaya tidak bertahan lama hanya sembilan tahun..begitu kuat dikalahkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ketika itu belumpun stabil tapi dapat mengalahkan parti Berjaya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas banyak memberi pengajaran dan selepas ini tidak akan termain oleh permainan yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita (UMNO Sabah) akan mengajar mereka cara bermain politik dengan betul disebabkan UMNO Sabah bukan sebuah parti yang mudah dikotak katik..UMNO Sabah bila berbicara dan janji tepati, kata kita kotakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita bukan macam Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang ahlinya tiada dan pemimpinnya menghalalkan tindakan mengambil ahli dari mana-mana parti termasuk dalam gabungan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cParti sebegini tidak akan bertahan lama, selepas hilang kuasa mereka akan keluar mencari parti baru,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, beliau mahu semua Bahagian UMNO di Sabah segera mempersiapkan diri dalam menghadapi Pilihan Raya akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bung Moktar menekankan bahawa UMNO Sabah perlu menang pada PRN akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMNO perlu menang supaya kita dihormati dan memastikan UMNO di Sabah masih tetap dihormati dan tidak dinodai mana-mana parti,\u201d katanya sambal menambah bahawa usaha ini termasuklah mencari rakan seperjuangan yang boleh memenangkan calon UMNO yang bertanding.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDulu (PRN) kita ada rakan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tetapi bertukar sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gagasan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetika itu UMNO Sabah mendapat 14 kerusi Dewan Undangan Negeri, mereka (BERSATU) sebelas kerusi tetapi dengan kerusi parti lain dalam GRS, kita mengalah dan mereka menerajui Kerajaan Negeri,\u201d katanya Bung Moktar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Perubahan senario politik memerlukan UMNO Sabah juga mengubah startegi dan pendekatan mendekati pengundi, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin. \u201cStartegi kita ubah, kita jangan buat apa yang kita mahu tetapi buat apa yang rakyat mahu. \u201cIni politik, kalau kita masih di landasan yang dahulu juga kita [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":24759,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-24758","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24758","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24758"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24758\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24760,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24758\/revisions\/24760"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24759"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24758"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24758"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24758"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}