{"id":24725,"date":"2023-11-26T13:13:39","date_gmt":"2023-11-26T05:13:39","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=24725"},"modified":"2023-11-26T13:13:41","modified_gmt":"2023-11-26T05:13:41","slug":"program-bimbingan-insken-berjaya-lipatgandakan-nilai-jualan-usahawan-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/11\/26\/program-bimbingan-insken-berjaya-lipatgandakan-nilai-jualan-usahawan-ewon\/","title":{"rendered":"Program bimbingan INSKEN berjaya lipatgandakan nilai jualan usahawan: Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, program bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Berjaya melipatgandakan hasil jualan usahawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, selain itu mereka juga berjaya beralih daripada perusahaan mikro kepada perusahaan kecil seterusnya membuka peluang pekerjaan dalam perusahaan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBanyak kejayaan telah dicapai melalui program-program INSKEN. Oleh itu saya berharap kisah kejayaan mereka yang menyertai program ini menjadi motivasi dan inspirasi kepada rakyat Sabah sama ada yang berada dalam bidang ini atau sedang mencari kerja atau yang dikategorikan sebagai miskin,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN, di SICC, di sini, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, pembukaan kampus INSKEN di Sabah pada Mei lalu juga telah meningkatkan penyertaan usahawan mikro dan kecil di Sabah dalam program-program bimbingan INSKEN di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya, keputusan kita membawa INSKEN ke Sabah dan membuka pejabat perkhidmatannya pada Mei lepas meningkatkan penyertaan usahawan-usahawan Sabah untuk menjadi sebahagian daripada penerima manfaat program bimbingan INSKEN,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, ini adalah antara usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di beberapa daerah di negeri ini yang sering dilebel sebagai daerah termiskin di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya gerakan keusahawanan dan koperasi mampu membawa rakyat Sabah keluar daripada kesusahan dan kemiskinan, sebab itu kita perlu agensi yang dapat membimbing mereka seperti INSKEN dan agensi pembiaya seperti Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank dan SME Corp,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis itu seramai 110 usahawan masing-masing menerima sijil atas kejayaan menamatkan program bimbingan INSKEN Bumiputera Coaching (IBBC) dan Program Bimbingan Keuntungan Menu Tahun 2023 selama tiga hingga empat bulan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, program bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Berjaya melipatgandakan hasil jualan usahawan. Beliau berkata, selain itu mereka juga berjaya beralih daripada perusahaan mikro kepada perusahaan kecil seterusnya membuka peluang pekerjaan dalam perusahaan masing-masing. \u201cBanyak kejayaan telah dicapai melalui program-program INSKEN. Oleh itu saya berharap kisah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":24726,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-24725","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24725","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24725"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24725\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24727,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24725\/revisions\/24727"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24726"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24725"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24725"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24725"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}