{"id":24546,"date":"2023-11-19T10:37:15","date_gmt":"2023-11-19T02:37:15","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=24546"},"modified":"2023-11-19T10:37:16","modified_gmt":"2023-11-19T02:37:16","slug":"hppk-peringkat-kebangsaan-di-donggongon-pada-7-9-disember-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/11\/19\/hppk-peringkat-kebangsaan-di-donggongon-pada-7-9-disember-ini\/","title":{"rendered":"HPPK Peringkat Kebangsaan di Donggongon pada 7-9 Disember ini"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PENAMPANG: Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Disember ini, di Buhavan Square, Donggongon, di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, sambutan HPPK peringkat Kebangsaan yang julung kalinya diadakan di Sabah dan kawasan tamu berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Disember.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSepanjang tempoh sambutan itu kita mengadakan pelbagai acara termasuk pameran agensi-agensi kerajaan berkaitan keusahawan dan juga agensi-agensi di bawah KUSKOP.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu kita juga akan mengadakan jualan daripada usahawan-usahawan, penjaja dan peniaga kecil-bukan sahaja dari Sabah tetapi Sarawak dan Semenanjung,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, pemilihan Donggongon sebagai lokasi pelaksanaan kerana mahu memberikan penghargaan dan meraih para penjaja dan peniaga kecil-kecilan di mana mereka berniaga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPekan Donggongon mempunyai beberapa tamu iaitu Tamu Sangadau, Tamu Mingguan dan Pasar Harian. Oleh itu wajarlah sambutan HPPK diadakan di tempat mereka berniaga,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya lagi, penganjuran HPPK peringkat kebangsaan sebelum ini dianjurkan bertemakan \u2018persidangan\u2019 tetapi tahun ini dianjurkan dengan tema \u2018karnival\u2019 jualan para penjaja dan peniaga kecil-kecilan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita juga mengadakan Showcase 1 Daerah 1 Industri (SDSI) iaitu salah satu program KUSKOP serentak dengan sambutan HPPK selama tiga hari di Donggongon,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai jumlah penjaja dan peniaga kecil-kecilan di seluruh negara, Ewon berkata, dianggarkan satu juta peniaga yang dikategorikan sebagai penjaja iaitu yang berniaga di tamu-tamu, di luar bangunan sekolah dan di tepi-tepi jalan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu, kementerian telah membangunkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal kerana kebanyakan usahawan ini tidak mempunyai lessen.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui pelan ini kita menggalakan merka berdafar dan mendapatkan lesen perniagaan agar mempunyai akses yang lebih baik kepada kemudahan pembiayaan pinjaman keusahawanan yang disediakan agensi-agensi kementerian,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berharap dengan penganjuran HPPK di kawasan tamu akan meningkatkan kesedaran kepada golongan itu untuk beralih daripada usahawan informal kepada usahwan formal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan adanya data itu, memudahkan kita mengetahui jumlah sebenar usahawan, peniaga dan penjaja kecil-kecilan di seluruh negara seterusnya membolehkan kementerian membangunkan dasar, program dan belanjawan yang lebih baik untuk manfaat golongan itu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas peruntukan sebanyak RM20 juta dalam Belanjawan 2024 bagi melaksanakan Projek Tamu Desa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah mengemukakan permohonan kementerian supaya disediakan bajet membina kemudahan infrastruktur, gerai-gerai keusahwanan bagi penjaja dan peniaga kecil di luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSyukur Perdana Menteri telah memperuntukkan sejumlah peruntukan itu untuk kita melaksanakan Projek Tamu Desa desa di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni satu program baharu di bawah kementerian saya selepas saya diberi mandat menerajui kementerian ini,\u201d katanya dan menambah, beliau akan mengunjungi kawasan tamu di seluruh Sabah yang memerlukan bangunan infra seperti gerai yang akan dilaksanakan tahun depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Disember ini, di Buhavan Square, Donggongon, di sini. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, sambutan HPPK peringkat Kebangsaan yang julung kalinya diadakan di Sabah dan kawasan tamu berlangsung selama tiga hari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":24547,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-24546","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24546","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24546"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24546\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24548,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24546\/revisions\/24548"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24547"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24546"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24546"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24546"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}