{"id":24148,"date":"2023-10-30T15:41:55","date_gmt":"2023-10-30T07:41:55","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=24148"},"modified":"2023-10-30T15:41:56","modified_gmt":"2023-10-30T07:41:56","slug":"dengan-kuasa-autonomi-semua-pemimpin-orang-sabah-tiada-isu-umno-sabah-adalah-parti-nasional-suhaimi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/10\/30\/dengan-kuasa-autonomi-semua-pemimpin-orang-sabah-tiada-isu-umno-sabah-adalah-parti-nasional-suhaimi\/","title":{"rendered":"Dengan kuasa autonomi, semua pemimpin orang Sabah, tiada isu UMNO Sabah adalah parti nasional &#8211; Suhaimi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Dengan kuasa autonomi dan semua pemimpin adalah orang Sabah, tidak wujud isu bahawa UMNO Sabah adalah parti nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir menyifatkan naratif dakwaan itu yang sering dimainkan itu dibuat oleh netizen dan parti lain yang mahu memanipulasikan isu tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya melihat kepada sejarah UMNO masuk ke Sabah pada 1992, tiada pemimpin dari Semenanjung dalam kepimpinan UMNO Sabah sebaliknya semuanya adalah orang Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya pada 2018, UMNO Pusat meluluskan permintaan UMNO Sabah untuk kuasa autonomi untuk mentadbir hal-hal yang berkaitan dasar parti di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAkhirnya UMNO Sabah boleh buat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada UMNO Pusat ..Jadi saya melihat UMNO Sabah sama juga dengan parti lokal kerana pemimpin adalah orang Sabah.<br>\u201cSaya sendiri dari Libaran bukan dari Mersing, Johor..Jadi bermakna tiada isu mengenai parti lokal. Orang tertentu, netizen yang cuba manipulasi isu parti nasional ini,\u201d katanya pada Sesi Townhall Retreat Penerangan UMNO Sabah di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain, Suhaimi turut menjadi panel pada sesi townhall itu adalah Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah Datuk Ajis Jamman, Ketua Penerangan Parti Bersatu Rakyat Sabah Datuk Fredie Sua dan Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia Dr Oswald Aisat Igau.<\/p>\n\n\n\n<p>Moderator dikendalikan oleh Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah Datu Rosman Datuk Ahir Zaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran turut menyentuh status UMNO yang merupakan parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan di Persekutuan sepatutnya sealiran dengan Kerajaan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya jika dahulu UMNO Sabah sebahagian dalam Kerajaan Negeri tetapi menarik diri disebabkan tiada keikhlasan dalam gabungan parti dalam Kerajaan Negeri ketika itu akhirnya wujud perpecahan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu kepimpinan itu paling penting, kalau kepimpinan tiada keikhlasan..Kerajaan dibentuk, dipimpin tidak menjadi, akhirnya tiada keikhlasan maka wujudlah pemasalahan rasuah, kronisme, nepotisme,<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi kalau ada keikhlasan memimpin Kerajaan dan parti..Insha Allah apa yang kita lakukan, apa yang dilakukan demi rakyat Sabah akan tercapai matlamat sebenarnya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu, beliau mengingatkan kepada ahli-ahli parti UMNO apabila wujud naratif parti nasional vs parti lokal, ia cuma permainan netizen atau parti-parti lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi yang juga Ketua Bahagian UMNO Libaran menekankan betapa pentingnya keikhlasan pada kepimpinan di dalam parti itu dalam memimpin negeri dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa pun langkah kita kalau tiada keikhlasan sebagai tulang belakang, akhirnya perpecahan bukan sahaja dalam gabungan tetapi dalam kerajaan juga,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjawab soalan penonton mengenai gabungan UMNO Sabah dengan parti lain pada Pilihan Raya Negeri akan datang, Suhaimi berkata sebarang kerjasama dan gabungan dengan parti lain biarlah diputuskan oleh pucuk pemimpin tertinggi UMNO Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMNO Sabah akan membuat keputusan sendiri dan kita kena ambil keputusan secara politiik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Dengan kuasa autonomi dan semua pemimpin adalah orang Sabah, tidak wujud isu bahawa UMNO Sabah adalah parti nasional. Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir menyifatkan naratif dakwaan itu yang sering dimainkan itu dibuat oleh netizen dan parti lain yang mahu memanipulasikan isu tersebut. Katanya melihat kepada sejarah UMNO masuk ke Sabah pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":24149,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-24148","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24148","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24148"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24148\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24150,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24148\/revisions\/24150"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24148"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24148"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24148"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}