{"id":24120,"date":"2023-10-29T15:20:43","date_gmt":"2023-10-29T07:20:43","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=24120"},"modified":"2023-10-29T15:20:44","modified_gmt":"2023-10-29T07:20:44","slug":"tekun-nasional-terima-peruntukan-rm330-juta-dalam-belanjawan-2024","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/10\/29\/tekun-nasional-terima-peruntukan-rm330-juta-dalam-belanjawan-2024\/","title":{"rendered":"TEKUN Nasional terima peruntukan RM330 juta dalam Belanjawan 2024"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Tekun Nasional menerima peruntukan sejumlah RM330 juta dalam Belanjawan 2024 untuk kemudahan pembiayaan peniaga-peniaga kecil dalam perusahaan batik dan kraf, usahawan orang Asal serta bumiputera Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu, RM30 juta diperuntukkan bagi kemudahan pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) khusus untuk usahawan komuniti India.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui inisiatif belanjawan ini, saya berharap Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan terus berdaya saing dan meningkatkan kapasiti perniagaan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan tambahan peruntukan kepada TEKUN Nasional, diharap agar lebih ramai usahawan informal dan mikro yang baru memulakan atau mengembangkan perniagaan dapat dibantu dan dibangunkan kapasiti mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Ke-25 Tahun TEKUN Nasional, di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, dalam Belanjawan 2024, secara keseluruhannya sebanyak RM44 bilion diperuntukkan kepada pelbagai agensi bagi pelbagai kemudahan dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS, di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan menyedari terdapat perniagaan yang terjejas akibat pandemik, terutama PMKS selaras dengan itu Belanjawan 2024 telah memberi lebih tumpuan kepada kumpulan PMKS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIltizam Kerajaan MADANI adalah untuk merangsang lebih banyak penyertaan PMKS dalam sektor keusahawanan berdaya maju dan mapan menerusi pelbagai ikhtiar seperti dana pembiayaan dan pembangunan kapasiti bagi memastikan sumbangan PMKS kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dapat dipertingkatkan seperti yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) iaitu peningkatan 50 peratus pada 2030,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, antara strategi kementeriannya untuk merealisasikan DKN2030 ialah menerusi Pelan Pemformalan Usahawan Informal bagi memudah cara inisiatif migrasi usahawan informal kepada perniagaan berdaftar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui pelaksanaan pelan itu, ekosistem keusahawanan sedia ada dapat diperkasakan dengan menggalakkan pendaftaran perniagaan secara sukarela serta memupuk minda keusahawanan dan pembangunan potensi usahawan informal,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 usahawan dan warga kerja Tekun Nasional dari seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis itu, Ewon turut menyampaikan Anugerah Usahawan Berjaya kepada 21 usahwan Tekun, Anugerah TEKUN Cawangan Terbaik dan Anugerah TEKUN Negeri Terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir, Timbalan Menteri KUSKOP Senator Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha KUSKOP Dato\u2019 Seri Suriani Dato\u2019 Ahmad, Pengerusi TEKUN Nasional Dato\u2019 Hj Abdul Sani Abdul Hamid dan para pegawai kanan kementerian dan agensi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Tekun Nasional menerima peruntukan sejumlah RM330 juta dalam Belanjawan 2024 untuk kemudahan pembiayaan peniaga-peniaga kecil dalam perusahaan batik dan kraf, usahawan orang Asal serta bumiputera Sabah dan Sarawak. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu, RM30 juta diperuntukkan bagi kemudahan pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":24121,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-24120","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24120","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24120"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24120\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24122,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24120\/revisions\/24122"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24121"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24120"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24120"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24120"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}