{"id":23950,"date":"2023-10-20T12:40:57","date_gmt":"2023-10-20T04:40:57","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=23950"},"modified":"2023-10-20T12:40:59","modified_gmt":"2023-10-20T04:40:59","slug":"ewon-mahu-warga-kuskop-dan-agensi-jadi-pemudahcara-permohonan-usahawan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/10\/20\/ewon-mahu-warga-kuskop-dan-agensi-jadi-pemudahcara-permohonan-usahawan\/","title":{"rendered":"Ewon mahu warga KUSKOP dan agensi jadi pemudahcara permohonan usahawan"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mahu warga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta agensi-agensinya menjadi pemudahcara permohonan usahawan, peniaga dan penjaja kecil di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ini penting bagi memastikan peruntukan yang disediakan untuk kementeriannya dalam Bajet 2024, dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan sasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebesar manapun belanjawan itu, sekiranya tidak sampai kepada golongan sasaran, sudah tentu mereka tidak mendapat manfaat daripada belanjawan itu. Sebab itu saya dan kementerian saya akan menjayakan sepenuhnya belanjawan yang disalurkan kepada kementerian dan agensi-agensi kementerian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUntuk menjayakan ini, saya mahu warga kementerian dan agensi jadi pemudahcara. Kita mesti \u2018facilitate\u2019, bukan \u2018frustate\u2019 permohonan para usahawan yang datang mengemukakan permohonan pembiayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Misalnya jika terdapat lima kriteria dan pemohon itu hanya memenuhi tiga kriteria, maka kita kena bimbing mereka bagaimana boleh memenuhi kriteria-kriteria yang selebihnya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, demikian dalam program wawancara Jendela Fikir \u2018Belanjawan 2024: KUSKOP Merealisasikan Ekonomi MADANI, di Bernama Radio, kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata: \u201cKriteria diwujudkan bukan untuk menyusahkan pemohon, tetapi kita mahu setiap belanjawan yang diperuntukkan dapat digunakan sebaik-baiknya supaya tiada ketirisan dan pembaziran&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun, kita perlu jadi pemudahcara agar setiap usahawan dibimbing ke arah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah (MPUKPPD) yang dijalankan secara rintis di 41 daerah termasuk tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah, Ewon gembira kerana kerajaan-kerajaan negeri lain di negara ini turut meminta ia diperluaskan ke daerah-daerah negeri mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMPUKPPD dipengerusikan oleh Pegawai Daerah atau Yang DiPertua Majlis Perbandaran diwujudkan untuk menangani pelbagai isu membabitkan penjaja dan peniaga kecil, misalnya isu perlesenan, premis perniagaan, penguatkuasaan dan pembiayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelepas saya bermesyuarat dengan exco-exco mewakili kerajaan negeri seluruh negara dalam Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional, mereka meminta supaya ia dikembangkan di negeri masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya bangga kerana apa yang kita mulakan itu mendapat permintaan daripada kerajaan-kerajaan negeri lain,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, majlis itu ditubuhkan kerana kementerian mahu isu penjaja dan peniaga kecil ditangani di peringkat daerah oleh pelbagai agensi dan jabatan berkaitan penjaja dan peniaga kecil di daerah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap daerah mempunyai masalah yang berbeza, banyak masalah yang sama tetapi ada keunikannya tersendiri dan perlu diselesaikan mengikuti keperluan peniaga atau penjaja di kawasan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu di peringkat saya, tanggungjawab Kementerian ialah menyediakan pembiayaan, membangunkan dasar, membuat pemantauan dan menerima input atau cadangan daripada majlis itu di seluruh negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mahu warga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta agensi-agensinya menjadi pemudahcara permohonan usahawan, peniaga dan penjaja kecil di seluruh negara. Beliau berkata, ini penting bagi memastikan peruntukan yang disediakan untuk kementeriannya dalam Bajet 2024, dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan sasaran. \u201cSebesar manapun belanjawan itu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":23951,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-23950","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23950","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23950"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23950\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23952,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23950\/revisions\/23952"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23951"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23950"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23950"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23950"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}