{"id":23768,"date":"2023-10-11T17:35:51","date_gmt":"2023-10-11T09:35:51","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=23768"},"modified":"2023-10-11T17:35:53","modified_gmt":"2023-10-11T09:35:53","slug":"jangan-kesampingkan-keperluan-tenaga-di-sabah-seperti-masa-lampau-madius","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/10\/11\/jangan-kesampingkan-keperluan-tenaga-di-sabah-seperti-masa-lampau-madius\/","title":{"rendered":"Jangan kesampingkan keperluan tenaga di Sabah seperti masa lampau: Madius"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyeru agar keperluan tenaga di Sabah tidak lagi dikesampingkan dan dimarginalisasi seperti yang pernah berlaku pada masa lampau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contoh katanya, Sabah sangat memerlukan gas untuk menjana tenaga elektrik tetapi PETRONAS sebagai pembekal gas utama negara ini sanggup berbelanja RM2 billion semata-mata untuk \u2018membawa lari\u2019 gas dari Sabah ke Bintulu bagi memenuhi kepentingan industri Liquefied Natural Gas (LNG).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBukankah lebih mudah jika meletakkan paip gas daripada Kota Kinabalu ke Sandakan? Tetapi penjanaan tenaga di Sabah melalui gas ini langsung tidak dipedulikan, sehingga hari ini telah terbukti, Sabah menghadapi masalah dalam penjanaan bekalan elektrik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cReserve margin yang terlalu rendah menyebabkan catuan elektrik dan gangguan bekalan elektrik masih berterusan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, reserve margin penjanaan elektrik di Sabah juga sangat rendah berada di bawah paras 12% berbanding 40% di Semenanjung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru Tuaran juga ingin bertanya, apakah kesudahan projek Transgas Pipe daripada Kota Kinabalu ke Sandakan? Apakah projek ini akan diteruskan? Apa sudah jadi dengan wang yang sudahpun dikeluarkan untuk tujuan projek ini sedangkan projek tersebut tidakpun dimulakan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Madius berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 di Persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Pengerusi Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) turut mempersoalkan status pembinaan Grid Southern Link.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBilakah projek ini akan dilaksanakan?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDari manakah peruntukan untuk membina grid tersebut?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu turut mendedahkan bahawa kegagalan Sabah menggunakan arang batu untuk menjana elektrik pada suatu ketika dahulu bukan sahaja disebabkan adanya tentangan aktivis alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, ia juga disebabkan pertikaian pihak berkepentingan tentang hak pemilikan terhadap coal fire station di Lahad Datu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSedangkan SESB yang merupakan satu-satunya syarikat utiliti milik penuh kerajaan telahpun membuat kajian terhadap stesen jana kuasa ini dan sebenarnya lebih bersedia untuk melaksanakan dan memiliki penjanaan itu dengan sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAkhirnya, cadangan membina jana kuasa arang batu berkapasiti 300 MW tersebut dibatalkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSabah pada ketika itu terlepas peluang menggunakan arang batu untuk menjana elektrik, sedangkan sehingga hari ini 40% penjanaan tenaga di Semenanjung dan sekitar hampir 20% di Sarawak adalah daripada arang batu,\u201d jelas Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya, rakyat Sabah berbangga kerana menjadi satu-satunya wilayah di Malaysia hari ini yang langsung tidak menggunakan arang batu untuk menjana elektrik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi Sabah jugalah satu-satunya wilayah yang masih mengalami catuan dan Indeks Purata Gangguan Sistem (SAIDI) atau gangguan bekalan elektrik yang tertinggi di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTuaran menyokong Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023,\u201d katanya<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyeru agar keperluan tenaga di Sabah tidak lagi dikesampingkan dan dimarginalisasi seperti yang pernah berlaku pada masa lampau. Sebagai contoh katanya, Sabah sangat memerlukan gas untuk menjana tenaga elektrik tetapi PETRONAS sebagai pembekal gas utama negara ini sanggup berbelanja RM2 billion semata-mata untuk \u2018membawa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":23769,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-23768","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23768","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23768"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23768\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23770,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23768\/revisions\/23770"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23769"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23768"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23768"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23768"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}