{"id":23674,"date":"2023-10-03T05:26:48","date_gmt":"2023-10-02T21:26:48","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=23674"},"modified":"2023-10-03T05:26:50","modified_gmt":"2023-10-02T21:26:50","slug":"subsidi-beras-untuk-sabah-sarawak-berita-baik-kepada-pengguna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/10\/03\/subsidi-beras-untuk-sabah-sarawak-berita-baik-kepada-pengguna\/","title":{"rendered":"Subsidi beras untuk Sabah, Sarawak berita baik kepada pengguna"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Langkah kerajaan memberi subsidi RM950 bagi setiap tan beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai berita baik, terutama kepada golongan berpendapatan rendah di kedua-dua negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan, berkata usaha diambil kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu sangat diharapkan pengguna di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, pemberian subsidi itu juga melegakan pengusaha makanan dalam usaha mengurangkan kos ditanggung mereka berikutan kenaikan harga BPI ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebagai pengguna, kita mengalu-alukan pengumuman Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberikan subsidi sebanyak RM950 satu tan beras kepada Sabah dan Sarawak bermula 5 Oktober ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia tentunya berita baik kepada golongan B40 dan pengusaha makanan dalam usaha menurunkan kos sara hidup kerana beras adalah keperluan asas kepada setiap isi rumah,&#8221; katanya mengulas pemberian subsidi BPI berkenaan, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi subsidi sebanyak RM950 setiap tan bagi bekalan BPI di Sabah dan Sarawak, mulai Khamis ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi pemberian subsidi itu, harga runcit BPI di kedua-dua negeri akan turun kepada RM31 bagi kampit 10 kilogram.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah berkenaan diambil memandangkan pengeluaran beras putih tempatan (BPT) di Sabah dan Sarawak adalah terhad.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, David berkata, kenaikan harga BPI di Sabah memberi kesan kepada keseluruhan kos sara hidup rakyat negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita juga menggesa orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi mengenai kekurangan bekalan beras bagi mengelak pembelian panik,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Harga BPI di Sabah mengalami kenaikan hampir RM10 bagi kampit 10 kilogram kepada sekurang-kurangnya RM36 berbanding di bawah RM28 sebelum peningkatan harga BPI bulan lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ini pengguna di Sabah bergantung sepenuhnya kepada bekalan BPI memandangkan pengeluaran BPT hanya sekitar 25 peratus daripada keperluan rakyat negeri ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Langkah kerajaan memberi subsidi RM950 bagi setiap tan beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai berita baik, terutama kepada golongan berpendapatan rendah di kedua-dua negeri itu. Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan, berkata usaha diambil kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu sangat diharapkan pengguna di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":23675,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-23674","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23674","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23674"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23674\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23676,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23674\/revisions\/23676"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23675"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23674"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23674"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23674"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}