{"id":23517,"date":"2023-09-23T18:37:46","date_gmt":"2023-09-23T10:37:46","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=23517"},"modified":"2023-09-23T18:37:48","modified_gmt":"2023-09-23T10:37:48","slug":"ewon-rasmi-pejabat-baharu-skm-wilayah-kudat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/09\/23\/ewon-rasmi-pejabat-baharu-skm-wilayah-kudat\/","title":{"rendered":"Ewon rasmi pejabat baharu SKM Wilayah Kudat"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUDAT: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merasmikan Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Kudat yang baharu, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berharap masyarakat Kudat dan sekitarnya dapat imanfaatkan sepenuhnya pejabat baharu itu untuk memperkasakan lagi gerakan koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mahu segala maklumat terkait koperasi dapat disampaikan dan dikongsikan kepada rakyat di daerah ini termasuk pembiayaan, geran koperasi, latihan dan maklumat mengenai Universiti Keusahawanan Koperasi (UKK).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga berharap, dengan adanya suasana pejabat yang lebih kondusif, semua warga SKM di Wilayah Kudat, Keningau, Kota Marudu dan Ranau khasnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih komited seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah projek di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang telah mendapat perhatian daripada Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM7,410,000 bagi tujuan pelaksanaan projek kecil di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebanyak RM3,000,000 adalah peruntukan yang diluluskan khas bagi projek ubah suai empat buah pejabat di SKM Negeri Sabah, iaitu Pejabat SKM Wilayah Kudat, Kota Marudu, Ranau dan Keningau.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, sehingga 31 Disember 2022, bilangan koperasi di Malaysia yang berdaftar sebanyak 15,315 koperasi dengan jumlah keanggotaan seramai 7.3 juta orang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDari segi modal syer\/yuran sejumlah RM16.9 bilion direkodkan dengan jumlah aset terkumpul sebanyak RM159 bilion dan nilai perolehan keseluruhan sebanyak RM45 billion,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, bagi Sabah pula, setakat 31 Disember 2022, jumlah koperasi berdaftar sebanyak 1,707 buah, dengan keanggotaan seramai 350,368 orang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cManakala syer dan yuran terkumpul sebanyak RM232 juta, aset terkumpul bernilai RM915 juta dan pencapaian jumlah perolehan sebanyak RM569 juta,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, sebagai pertubuhan yang besar, gerakan koperasi berupaya menjadikan negara ini terus kukuh dan teguh dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu katanya, usaha berterusan perlu dilaksanakan secara strategik bagi memastikan sektor koperasi terus kompetitif dan kekal lestari termasuk usahawan-usahawan tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua pemain industri perlu untuk mewujud dan memperluaskan lagi jaringan perniagaan, berinovasi dalam pasaran serta menerokai sumber-sumber baharu yang boleh menambah nilai produk serta perkhidmatan sedia ada,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Ahli Parlimen Kudat Dato&#8217; Verdon Bahanda, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato\u2019 Sri Suriani Dato&#8217; Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Noor Afifah Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif SKM Rusli Jaafar, Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin dan pegawai-pegawai kanan kementerian dan SKM.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUDAT: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merasmikan Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Kudat yang baharu, di sini, hari ini. Beliau berharap masyarakat Kudat dan sekitarnya dapat imanfaatkan sepenuhnya pejabat baharu itu untuk memperkasakan lagi gerakan koperasi. \u201cSaya mahu segala maklumat terkait koperasi dapat disampaikan dan dikongsikan kepada rakyat di daerah ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":23518,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-23517","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23517","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23517"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23517\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23519,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23517\/revisions\/23519"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23518"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23517"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23517"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23517"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}