{"id":23310,"date":"2023-09-14T19:18:11","date_gmt":"2023-09-14T11:18:11","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=23310"},"modified":"2023-09-14T19:18:13","modified_gmt":"2023-09-14T11:18:13","slug":"kaji-semula-mata-pelajaran-sejarah-ubah-silibus-kepada-bentuk-story-telling-madius","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/09\/14\/kaji-semula-mata-pelajaran-sejarah-ubah-silibus-kepada-bentuk-story-telling-madius\/","title":{"rendered":"Kaji semula mata pelajaran Sejarah, ubah silibus kepada bentuk \u2018story telling &#8211; Madius"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan diseru untuk mengkaji semula mata pelajaran Sejarah bagi memastikan ia mampu menarik minat pelajar dan tidak membosankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen P.170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, beliau sangat prihatin berhubung perkara ini kerana subjek wajib lulus itu telah menjadi penyebab ratusan ribu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal pada tahun 2022.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTuaran sangat hairan bagaimanakah perkara ini boleh berlaku. Sehubungan itu saya mengambil inisiatif mengadakan sedikit kajian tentang silibus digunakan pada ketika sistem pendidikan menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan seterusnya Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDan apa yang saya dapati buku teks Sejarah itu langsung tidak mempunyai ciri-ciri sebagai Sejarah. Ia sepatutnya suatu cerita. Tetapi apa yang Tuaran dapati ia lebih berbentuk Human Geography, iaitu menceritakan pasal etnik, budaya, dan adat istiadat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika mengulas pemangkin dasar Kajian Separuh Penggal (KSP) dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Persidangan Dewan Rakyat di sini pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ulasan itu menfokuskan kepada dasar pertama KSP RMK12 iaitu Mengukuhkan Bakat Masa Hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Madius, buku teks Sejarah tidak menceritakan apa yang terjadi pada masa yang lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cContohnya siapa yang terlibat, apa perbincangannya, bila dan dimana. Semua itu tidak disebut menyebabkan mata pelajaran itu menjadi satu mata pelajaran yang sangat membosankan dan tidak menyeronokkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu pelajar tidak suka, guru-guru tidak seronok dan penyelia-penyelia pun tidak seronok.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendek cerita, Tuaran mahu agar mata pelajaran ini dikaji semula. Biarlah subjek Sejarah ini dibuat dalam bentuk penceritaan atau story telling tentang kisah benar untuk memberi kesedaran tentang asal usul kewujudan kita, kewujudan negara ini,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu menegaskan untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia, setiap rakyat perlu mempunyai semangat kekitaan yang tinggi terhadap negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHow do we achieve that, we can only achieve that if we have a shared history, we have a shared beginning and for us in this Federation of Malaysia ini, our beginning is 1963,\u201d tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Madius menyeru kerajaan untuk memperkasa Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dengan mengambil contoh daripada Republik Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, perkara tersebut telah dicadangkan beliau berkali-kali di Persidangan Dewan Rakyat memandangkan JPKK mempunyai tanggungjawab yang besar di peringkat komuniti khususnya dalam merealisasikan usaha kerajaan dalam menoktahkan penduduk miskin tegar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai makluman Ahli Dewan, di Indonesia Setiausaha Majlis Perdesaan atau JPKK itu ialah seorang kakitangan kerajaan. Sampai begitu sekali pemerkasaan dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimana pula kita di negara ini? Difahamkan sampai sekarang ini Kerajaan Persekutuaan dan Kerajaan Sabah belum lagi mendapat persetujuan tentang rupabentuk JPKK serta pelantikannya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut mengenai isu tata kelola JPKK katanya, pada ketika ini wujud kecelaruan dalam pelantikan JPKK antara pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mahu melantik JPKK daripada Persekutuan. Namun menurut pihak Kerajaan Sabah pula, JPKK ini adalah hal negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi gaduh punya gaduh, sampai sekarang sudah beberapa bulan semua JPKK tidak dibayar elaun. Kesemua mereka masih tertunggu-tunggu. Yang tidak dibayar elaun ini juga termasuklah Ketua Kampung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHal ini menyebabkan mereka ini sekarang lemah longlai. Tiada semangat membuat kerja kerana tiada elaun. Siapakah harus dipersalahkan? Bagaimanakah kita bercerita tentang tata kelola atau governans dalam keadaan seperti ini?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDan saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bilakah Pengerusi JPKK dan Setiausaha JPKK yang telah dilantik di Sabah ini akan mererima bayaran elaun? Sekarang ini masuk tandas awam pun kita kena bayar. Takkan mereka yang berkhidmat di peringkat komuniti setempat terus diabaikan,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu memaklumkan sekiranya isu tersebut tidak diselesaikan segera akan menyebabkan banyak hal-hal berkaitan kampung berhadapan dengan masalah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi hal JPKK ini adalah satu perkara yang amat kritikal dan perlu diselesaikan segera oleh pihak kerajaan,\u201d ujar Madius.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan diseru untuk mengkaji semula mata pelajaran Sejarah bagi memastikan ia mampu menarik minat pelajar dan tidak membosankan. Ahli Parlimen P.170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, beliau sangat prihatin berhubung perkara ini kerana subjek wajib lulus itu telah menjadi penyebab ratusan ribu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal pada tahun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":23311,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-23310","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23310","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23310"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23310\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23312,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23310\/revisions\/23312"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23311"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23310"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23310"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23310"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}