{"id":23264,"date":"2023-09-11T19:58:35","date_gmt":"2023-09-11T11:58:35","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=23264"},"modified":"2023-09-11T19:58:38","modified_gmt":"2023-09-11T11:58:38","slug":"kuskop-sedia-jayakan-inisiatif-inisiatif-pembangunan-keusahawanan-dalam-ksp-rmke-12-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/09\/11\/kuskop-sedia-jayakan-inisiatif-inisiatif-pembangunan-keusahawanan-dalam-ksp-rmke-12-ewon\/","title":{"rendered":"KUSKOP sedia jayakan inisiatif-inisiatif pembangunan keusahawanan dalam KSP RMKe-12: Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kementeriannya bersedia menjayakan inisiatif-inisiatif berkaitan pembangunan keusahawanan di negara ini dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 dalam usaha mencapai status negara berpendapatan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambil menyambut baik pembentangan KSP RMKe12, beliau berkata, secara keseluruhannya ia bersifat holistik dan inklusif dengan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, inisiatif-inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri itu selaras dengan lima fokus utama kementeriannya ke arah membangunkan ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan unggul.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLima fokus itu ialah meningkatkan penyertaan perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor bernilai tinggi bagi menembusi pasaran global, menumpukan pengukuhan kemampanan PMKS dan koperasi bagi meningkatkan daya saing ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, memperkasakan perusahaan mikro bagi menjamin kelangsungan perniagaan, memperhebatkan keupayaan gerakan koperasi dalam rantaian bekalan dan memperkukuh ekosistem keusahawan sosial bagi menormalkan impak sosial,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian bagi mengulas usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025: Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi yang dibentangkan Perdana Menteri Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, mekanisma sokongan yang akan diperkenalkan untuk menyokong pertumbuhan PMKS dan Perusahaan Sosial antaranya mentransformasi koperasi, persatuan dan perusahaan sosial, meningkatkan skala melalui pendekatan bersasar dan mempercepatkan integrasi rantaian bekalan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeperti yang diumumkan dalam KSP, hala tuju berkaitan kementerian ini untuk pembangunan usahawan dan koperasi ialah memberi penekanan kepada program pengupayaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan syarikat bumiputera berskala kecil dan sederhana.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMewujudkan kelas pertengahan bumiputera yang dapat beralih daripada bergantung harap kepada gaji semata-mata kepada membina perniagaan yang meningkatkan pendpatan dan menambah nilai kepada ekonomi serta memperluas sokongan pembiayaan daripada keseluruhan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada syarikat bumiputera,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, PMKS akan terus diperkasakan menerusi peningkatan skala perniagaan serta penyertaan dalam rantaian bekalan domestik dan global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenyediakan dana pembiayaan peluang kedua sebanyak RM60 juta kepada PKS dan usahawan inovatif dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Peluang kedua ini adalah untuk usahawan yang pernah atau hampir muflis.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenggalakkan penerimagunaan teknologi dan pendigitalan serta peningkatan kegiatan R&amp;D dan daya cipta serta menggalakkan PMKS mematuhi keperluan prinsip ESG bagi menjamin penyertaan dalam rangsian bekalan global yang mampan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, Kuskop yang bertanggungjawab membangunkan usahawan akan terus komited dalam memperkukuhkan pelaksanaan program-program pembangunan PMKS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBaru-baru ini kementerian telah melancarkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal iaitu sebuah dokumen yang menggariskan langkah strategik bagi membantu dan memudahcara pemformalan usahawan informal sebagai perniagaan berdaftar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni selaras dengan teras 1 Malaysia MADANI iaitu memperkasa prestasi PMKS dan usahawan di Malaysia, sekali gus memberi tumpuan terhadap tatakelola terbaik kepada usahawan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kementeriannya bersedia menjayakan inisiatif-inisiatif berkaitan pembangunan keusahawanan di negara ini dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 dalam usaha mencapai status negara berpendapatan tinggi. Sambil menyambut baik pembentangan KSP RMKe12, beliau berkata, secara keseluruhannya ia bersifat holistik dan inklusif dengan memberi fokus kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":23265,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-23264","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23264","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23264"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23264\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23266,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23264\/revisions\/23266"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23265"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23264"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23264"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23264"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}