{"id":23217,"date":"2023-09-09T16:01:27","date_gmt":"2023-09-09T08:01:27","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=23217"},"modified":"2023-09-09T16:01:29","modified_gmt":"2023-09-09T08:01:29","slug":"saya-kini-lebih-memfokuskan-parti-khususnya-di-sabah-dan-bersedia-hadapi-pilihan-raya-negeri-demikian-kata-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/09\/09\/saya-kini-lebih-memfokuskan-parti-khususnya-di-sabah-dan-bersedia-hadapi-pilihan-raya-negeri-demikian-kata-bung-moktar\/","title":{"rendered":"&#8216;Saya kini lebih memfokuskan parti khususnya di Sabah dan bersedia hadapi PIlihan Raya Negeri\u201d demikian kata Bung Moktar"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: \u201cSaya kini lebih memfokuskan parti khususnya di Sabah kerana kita melihat bahawa masa singkat untuk memperkukuhkan parti,\u201d demikian kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO diminta mengulas tumpuannya selepas beliau dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas berhubung kes rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bung Moktar berkata beliau akan merencanakan beberapa program turun ke akar umbi untuk berjumpa dengan pimpinan dan seterusnya menstruktur parti ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bagi memastikan bahawa kita benar-benar bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya khususnya untuk memastikan UMNO kembali untuk memerintah negeri Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni penting saya lihat negeri Sabah ini terlalu ketinggalan jauh jika disbanding dengan negeri lain, sedangkan Sabah adalah sebuah negeri yang berpotensi dan mampu dibangunkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdalah mustahil mana-mana kerajaan tidak membangunkan negeri Sabah dan rakyat Sabah berhak menerima keadaan baik dari segi infrastruktur, prasarana dan ekonomi,\u201d katanya ketika ditemui selepas Majlis Kesyukuran UMNO Sabah di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama, Setiausaha UMNO Sabah Jafry Arifin, Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said, Ketua Pemuda UMNO Sabah Sufian Abdul Karim dan Ketua Wanita UMNO Sabah Senator Datuk Noraini Idris.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata ini antara fokusnya untuk memastikan UMNO kembali gemilang seperti dahulu dan UMNO dapat gemilangkan negeri Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menyifatkan tiga faktor asas iaitu jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik perlu diselesaikan dengan segera oleh mana-mana kerajaan negeri Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, pada saya selepas Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang akan memastikan negeri Sabah itu benar-benar menerima limpahan infrastruktur yang lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak mustahil untuk kita bangunkan negeri Sabah ini sekiranya kerajaan negeri ada komitmen tinggi untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak ini,\u201d jelas beliau lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: \u201cSaya kini lebih memfokuskan parti khususnya di Sabah kerana kita melihat bahawa masa singkat untuk memperkukuhkan parti,\u201d demikian kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO diminta mengulas tumpuannya selepas beliau dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":23218,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-23217","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23217","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23217"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23217\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23219,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23217\/revisions\/23219"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23218"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23217"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23217"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23217"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}