{"id":23123,"date":"2023-09-04T22:49:19","date_gmt":"2023-09-04T14:49:19","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=23123"},"modified":"2023-09-04T22:49:20","modified_gmt":"2023-09-04T14:49:20","slug":"agong-lawat-esscom-permaisuri-memasak-untuk-rakyat-di-lahad-datu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/09\/04\/agong-lawat-esscom-permaisuri-memasak-untuk-rakyat-di-lahad-datu\/","title":{"rendered":"Agong lawat ESSCOM, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu"},"content":{"rendered":"\n
<\/p>\n\n\n\n
LAHAD DATU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di sini bagi meninjau operasi agensi bertanggungjawab menjaga keselamatan di Pantai Timur Sabah itu.
Seri Paduka, yang sedang menjelajah Sabah menerusi\u00a0program Kembara Kenali Borneo,\u00a0berangkat tiba di Ibu Pejabat ESSCom di sini pada 4.20\u00a0petang\u00a0disambut\u00a0Komander ESSCom DCP Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Dr Jamaluddin Mohd Ali, sebelum diperkenalkan kepada barisan pegawai serta anggota ESSCom.
Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut meriah dengan laungan \u2018Daulat Tuanku!\u2019\u00a0bergema daripada rakyat yang menunggu sejak tengah hari keberangkatan Al-Sultan Abdullah di pekarangan Ibu Pejabat ESSCom di sini.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah\u00a0dijadual berangkat tiba di Ibu Pejabat ESSCom pada 12 tengah hari tadi namun lewat, lantaran\u00a0Seri Paduka berdua berkenan beramah mesra dengan rakyat di sepanjang laluan Tawau ke Lahad Datu sejauh 171.7 kilometer.
Namun, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua dan rombongan tetap\u00a0dinanti-nantikan dan masyarakat setempat\u00a0terus setia menunggu ketibaan Al-Sultan Abdullah, yang mengetuai konvoi 25 kenderaan.
Sejurus tiba di ESSCom, Al-Sultan Abdullah berkenan menandatangani plak lawatan dan menerima topi, jaket dan lambang formasi ESSCom daripada Victor, sebelum berangkat melawat \u2018ESSCom Fusion Center\u2019 sebuah pusat pengumpulan dan penyatuan maklumat keselamatan agensi itu.
Di pusat itu, Seri Paduka mendengar taklimat keselamatan khususnya melibatkan\u00a0Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) daripada Victor.
ESSCom, yang ditubuhkan pada 1 April 2013 selepas pencerobohan pengganas Sulu dalam tragedi Lahad Datu pada Februari 2013 adalah\u00a0sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri melibatkan pengoperasian pelbagai cabang agensi keselamatan negara bagi melindungi Pantai Timur Sabah khususnya ESSZone.
Selepas lawatan ke ibu Pejabat ESSCom,\u00a0Al-Sultan Abdullah berangkat ke Pangkalan Polis Marin Lahad Datu,\u00a0yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari ibu pejabat ESSCom,\u00a0bagi\u00a0menyaksikan demonstrasi keupayaan bot dan payung terjun\u00a0daripada Bahagian Operasi Laut dan Bahagian Pasukan Khas ESSCom, sebelum berangkat ke Dewan Perdana Lahad Datu.
Terdahulu, setibanya di Lahad Datu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan melawat Taman Palm Garden yang menempatkan perumahan pegawai dan anggota ESSCom, dengan\u00a0fasa pertama penempatan itu membabitkan 60 unit rumah dengan peruntukan RM40 juta diluluskan kerajaan 15 Julai lepas.
Al-Sultan Abdullah kemudian berangkat meneruskan perjalanan melawat Ibu Pejabat ESScom di sini, manakala Tunku Azizah berangkat ke Dewan Perdana Lahad Datu untuk aktiviti memasak dan Majlis Santapan Bersama Rakyat.
Setibanya di Dewan Perdana Lahad Datu, keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong yang dinanti-nantikan rakyat disambut dengan persembahan tarian selamat datang oleh pelajar\u00a0sekolah.
Usai menyaksikan persembahan, Seri Paduka berkenan\u00a0memasak untuk tetamu\u00a0dan rakyat, serta menyediakan sendiri beberapa menu masakan antaranya ikan bilis masak kicap,\u00a0ikan bilis masak asam dan udang berlada dibantu petugas Istana Negara dan\u00a0ahli\u00a0Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita).
Tunku Azizah juga berkenan melihat\u00a0penyediaan masakan bubur lambuk malah menyukat serta memasukkan sendiri rempah ratus yang perlu digunakan dalam masakan yang dihidangkan kepada tetamu serta rakyat yang hadir.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di luar dewan itu pada 6.05 petang disambut dengan paluan gendang oleh pelajar\u00a0Sekolah Menengah Cina Lahad Datu,\u00a0paluan kompang daripada Persatuan Kompang Gabungan Lahad Datu dan tarian singa pelajar\u00a0Sekolah Jenis Kebangsaan (C)\u00a0Yuk Choi.
Diiring\u00a0perarakan memasuki ke\u00a0dewan dengan alunan muzik gamelan, Al-Sultan Abdullah menyertai Tunku Azizah dan diberi sambutan\u00a0meriah dengan persembahan kebudayaan penari Natra Sri Budaya, dan\u00a0tayangan video mengenai Lahad Datu.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah\u00a0berkenan menyampaikan sumbangan kepada 100 orang penerima asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU), sebelum bertitah menzahirkan rasa terima kasih kepada semua rakyat.
Seri Paduka berdua kemudian berangkat meninggalkan majlis dan meneruskan perjalanan Kembara Kenali Borneo ke daerah Sandakan pada pukul 7.05\u00a0petang.
Lahad Datu terletak kira-kira 420 kilometer dari Kota Kinabalu, berkeluasan 7,472 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 261,520 orang\u00a0sehingga 15 Okt 2020.
Antara penduduknya terdiri daripada etnik Bajau, Suluk, Idahan, Iranun\u00a0dan Dusun\u00a0Subpan yang majoritinya tertumpu dalam aktiviti ekonomi sumber laut.
Tempat menarik di Lahad Datu\u00a0termasuk\u00a0kawasan konservasi semula jadi Lembah Danum dan Kawasan Hidupan Liar Tabin, serta Pulau Tambisan yang\u00a0terkenal dengan keindahan semula jadi dan lokasi tumpuan penyelam.
— BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
LAHAD DATU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di sini bagi meninjau operasi agensi bertanggungjawab menjaga keselamatan di Pantai Timur Sabah itu.Seri Paduka, yang sedang menjelajah Sabah menerusi\u00a0program Kembara Kenali Borneo,\u00a0berangkat tiba di Ibu Pejabat ESSCom di sini pada 4.20\u00a0petang\u00a0disambut\u00a0Komander ESSCom […]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":23124,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-23123","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23123","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23123"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23123\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23125,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23123\/revisions\/23125"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23124"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23123"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23123"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23123"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}