{"id":22956,"date":"2023-08-27T18:44:27","date_gmt":"2023-08-27T10:44:27","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=22956"},"modified":"2023-08-27T18:44:29","modified_gmt":"2023-08-27T10:44:29","slug":"kerajaan-negeri-selesaikan-isu-air-elektrik-dan-jalan-raya-bukannya-tubuh-syarikat-penerbangan-sendiri-jeffrey-nor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/08\/27\/kerajaan-negeri-selesaikan-isu-air-elektrik-dan-jalan-raya-bukannya-tubuh-syarikat-penerbangan-sendiri-jeffrey-nor\/","title":{"rendered":"Kerajaan Negeri selesaikan isu air, elektrik dan jalan raya bukannya tubuh syarikat penerbangan sendiri &#8211; Jeffrey Nor"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu bertindak segera menyelesaikan isu bekalan air, elektrik serta jalan raya yang semakin uzur dan bukannya merancang menubuhkan sebuah syarikat penerbangan komersial yang baharu di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed bertanya, apakah keperluan untuk Sabah memiliki sebuah syarikat penerbangan sendiri itu perlu diberi keutamaan berbanding isu infrastruktur diabaikan begitu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya anggap cadangan ini adalah baik tapi masanya belum sesuai. Adakah memilik syarikat penerbangan sendiri perlu diutamakan berbanding pembaikan serta pemulihan infrastruktur Sabah?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHarus diingat rakyat Sabah kini berhadapan dengan isu bekalan air dan elektrik yang kritikal serta tidak mencukupi untuk menampung permintaan penduduk di seluruh negeri Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga ingin mempersoalkan rasionalnya untuk kita mewujudkan syarikat penerbangan sendiri dalam tempoh terdekat ini,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Sabah Air Aviation Sdn Bhd (SAASB) Kenny Chua yang menjangkakan Sabah boleh mempunyai syarikat penerbangannya sendiri yang akan beroperasi menjelang 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Jeffrey Nor merupakan Ketua Bahagian UMNO Putatan turut mempersoalkan apakah cadangan ini sebagai reaksi kepada Sarawak yang juga berhasrat untuk membuat syarikat penerbangan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contoh, katanya, kerajaan Sarawak kini dalam proses mengambil alih operasi Maswing dan bukannya menubuhkan sebuah syarikat penerbangan yang baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bermaksud syarikat baharu ini akan memiliki aset dari Maswing, termasuklah kebenaran untuk berlepas serta mendarat di lapangan terbang yang kini menerima operasi Maswing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekiranya Sabah ingin buat syarikat baharu, ia harus bermula dari peringkat awal. Ini termasuk bijak merancang bentuk pelan serta modal perniagaan bagi mewujudkan syarikat baharu itu nanti,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut tentang cadang ini, Jeffrey Nor bertanya, apakah syarikat ini mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk mengekalkan perniagaan ini agar bertahan dalam tempoh masa lama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni termasuk bagaimana ia akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah, khususnya kita menjangkakan laluan yang diberi keutamaan nanti adalah bagi laluan Kota Kinabalu &#8211; Kuala Lumpur (KK-KL).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita sedia maklum, laluan ini terlalu sudah \u201cover-saturated\u201d berikutan wujudnya persaingan besar daripada Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air Malaysia dan juga MyAirlines.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetakat ini kita tidak lagi perlukan sebuah syarikat \u2018white elephant\u2019 yang bergantung sepenuhnya kepada subsidi kerajaan untuk meneruskan operasi mereka,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jeffrey Nor melihat kerajaan negeri ketika ini sudah hilang fokus serta matlamat mereka dengan menumpukan kepada perkara yang bukan menjadi keperluan kepada membantu rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIsu yang harus diutamakan diketepikan\u2026Manakala isu yang tidak relevan, difokuskan. Saya harap kerajaan negeri perlu tumpu selesaikan masalah infrastruktur secara tuntas baharu memikirkan untuk cadangan yang lain,\u201d kata Jeffery Nor.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu bertindak segera menyelesaikan isu bekalan air, elektrik serta jalan raya yang semakin uzur dan bukannya merancang menubuhkan sebuah syarikat penerbangan komersial yang baharu di negeri ini. Pengarah Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed bertanya, apakah keperluan untuk Sabah memiliki sebuah syarikat penerbangan sendiri itu perlu diberi keutamaan berbanding isu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":22954,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-22956","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22956","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22956"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22956\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22958,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22956\/revisions\/22958"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22954"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22956"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22956"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22956"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}