{"id":22917,"date":"2023-08-26T12:06:55","date_gmt":"2023-08-26T04:06:55","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=22917"},"modified":"2023-08-26T12:06:56","modified_gmt":"2023-08-26T04:06:56","slug":"fpl-ums-kongsi-ilmu-ternakan-lebah-kelulut-dan-khasiat-madu-kepada-ppk-sandakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/08\/26\/fpl-ums-kongsi-ilmu-ternakan-lebah-kelulut-dan-khasiat-madu-kepada-ppk-sandakan\/","title":{"rendered":"FPL UMS kongsi ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada PPK Sandakan"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah (UMS) kampus Sandakan telah mengadakan perkongsian ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada Ahli Jemaah Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sandakan, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi perkongsian disampaikan pensyarah penyelidik yang juga Ketua Insektarium dan Living Lab RagBio, Prof. Madya Dr. Suzan Benedick @ Sarah Abdullah.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang dikongsikan termasuklah dapatan hasil penyelidikan berkaitan ciri-ciri madu kelulut tulen yang dibiayai Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS).<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, madu kelulut tulen adalah kaya dengan unsur mineral seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Natrium (Na), Kalium (K), dan Dihydroxyacetone (DHA).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa juga mengandungi Methylglyoxal (MGO) dan volatile organic compounds (VOCs) yang biasanya tidak terdapat dalam madu tiruan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi di Sabah, kita mempunyai madu dari spesies kelulut Heterotrigona itama yang mempunyai kandungan VOCs, DHA dan MGO yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cManfaatnya ialah untuk kesihatan antimikrob, dan ia setanding dengan khasiat madu lebah monoflora dari New Zealand dan Australia,\u201d jelas Suzan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi perkongsian itu dihadiri 35 ahli PPK terdiri daripada 24 ketua-ketua unit dan 11 anggota pengurusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengurus Besar Kawasan PPK Sandakan, Arifin Bacho merakamkan ucapan penghargaan atas perkongsian ilmu dan sambutan daripada warga pengurusan FPL UMS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKehadiran PPK bertujuan mempelajari tentang ilmu penternakan lebah kelulut dan khasiat madu yang efektif dan lestari.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUntuk makluman, PPK mempunyai sebanyak 120 log lebah kelulut yang terletak di Batu 10, Rancangan Sungai Manila Selatan Sandakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami berhasrat untuk mengembangkan lagi penternakan lebah bagi penghasilan produk madu yang semakin tinggi permintaannya di pasaran,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Rombongan PPK Sandakan turut berpeluang menyaksikan kaedah penternakan lebah kelulut yang diternak sejak 2016 dan menghasilkan produk madu yang baik di Insektarium dalam kampus FPL.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Dekan FPL UMS, Prof. Madya Dr. Azwan Awang; Timbalan Dekan Pengurusan Ladang dan Hubungan Industri FPL, Prof. Madya Dr. Jupikely @ James Silip dan Ketua Pentadbiran FPL, Dr. Roslan Hj. Gimba.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang turut hadir, Pegawai FOKAL Kolaborasi Industri Fakulti, Dr. Salumiah Mijin; Pegawai Pertanian, Hamdy Roslee dan Penolong Pegawai Sains FPL, Zilpiree Jaabi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah (UMS) kampus Sandakan telah mengadakan perkongsian ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada Ahli Jemaah Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sandakan, baru-baru ini. Sesi perkongsian disampaikan pensyarah penyelidik yang juga Ketua Insektarium dan Living Lab RagBio, Prof. Madya Dr. Suzan Benedick @ Sarah Abdullah. Antara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":22918,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-22917","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22917","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22917"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22917\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22919,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22917\/revisions\/22919"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22918"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22917"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22917"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22917"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}