{"id":22682,"date":"2023-08-18T19:48:51","date_gmt":"2023-08-18T11:48:51","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=22682"},"modified":"2023-08-18T19:48:53","modified_gmt":"2023-08-18T11:48:53","slug":"umno-sabah-berhati-hati-pilih-rakan-hadapi-prn-sedia-bekerjasama-dengan-parti-hormati-perjanjian-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/08\/18\/umno-sabah-berhati-hati-pilih-rakan-hadapi-prn-sedia-bekerjasama-dengan-parti-hormati-perjanjian-bung-moktar\/","title":{"rendered":"UMNO Sabah berhati-hati pilih rakan hadapi PRN, sedia bekerjasama dengan parti hormati perjanjian \u2013 Bung Moktar"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: UMNO Sabah mengambil pendirian berhati-hati dan hanya akan bekerjasama dengan parti yang menghormati perjanjian satu sama lain, kata Pengerusi Perhubungannya Datuk Seri Bung Moktar Radin.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata proses gabungan dengan parti lain sebelum ini telah mengajar UMNO Sabah untuk menjadi matang dalam menjalin kerjasama dengan parti lain di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita akan bekerjasama dengan parti politik yang menghormati perjanjian satu sama lain dan memberi manfaat kepada UMNO dan Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita juga akan melihat rakan-rakan yang ada kesetiaan, keikhlasas dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah..kita tidak mahu lagi krisis dalaman yang menggangu usaha membangunkan Sabah,\u201d katanya di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata semua ini bergantung kepada keadaan dan akan memastikan siapa pun gandingan UMNO Sabah nanti akan menjadi faktor kekuatan dan kemenangan kepada calon BN pada Pilihan Raya akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa pun, beliau berkata, dari awal lagi UMNO Sabah sudah menjelaskan bahawa masih terlalu awal untuk menyatakan penyertaan dengan mana-mana gabungan parti politik di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang kita buat hari ini adalah memperkukuhkan semua jentera parti. Kumpul isu-isu dan maklumat yang akan diguna pakai semasa kempen Pilihan Raya nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenyusun startegi baru dan mendekati pihak berkepentiingan termasuk pengundi muda untuk memastikan bahawa UMNO berperanan memastikan bahawa pergolakan politik ini tidak akan menjejaskan peluang UMNO dan BN untuk memerintah negeri Sabah,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai desakan untuk Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan prestasi UMNO pada Pilihan Raya di enam negeri baru-baru ini, Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyifatkan ia tidak adil kepada Ahmad Zahid dan seharusnya semua kepimpinan UMNO sama-sama bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi beliau, UMNO ada masa empat tahun untuk membetulkan struktur parti untuk kembali kepada perkara asas dan memperkuatkan fundamental parti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya yakin dalam masa empat tahun, UMNO akan bangkit semula dalam Pilihan Raya Umum akan datang\u2026yang penting UMNO berhasrat untuk berubah dengan struktur kekuatan kita antaranya peranan Pemuda, Wanita dan Puteri harus dilibat gandakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan kita jadi orang kata sebagai tupai tebuk rumah sendiri..Ini tidak baik..cukuplah pemimpin UMNO keluar dan mewah dalam UMNO sekarang ini jadi musuh dan cuba hancurkan UMNO,\u201d katanya sambil menambah agar desakan Ahmad Zahid meletak jawatan dihentikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata ahli dan kepimpinan UMNO harus melihat semula ketika Ahmad Zahid mengambil alih jawatan presiden pada 2018 ketika parti dalam keadaan teruk hingga ada yang tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi beliau mempertaruhkan dirinya sehingga sekarang,\u201d kata Bung Moktar Radin.<\/p>\n\n\n\n<p>Bung Moktar berkata sebetulnya umno tidak dilihat kalah teruk pada Pilihan Raya di enam negeri baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata yang kalah teruk adalah Perikatan Nasional (PN) dimana pada peringkat awal mereka yakin mampu menawan empat hingga lima negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRealitinya masih 3-3\u2026Di Negeri Sembilan, UMNO berjaya meraih kemenangan di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pakatan Harapan menang di 17 kerusi DUN,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, katanya, mana-mana kumpulan dalam UMNO harus melihat perkara ini secara positif.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: UMNO Sabah mengambil pendirian berhati-hati dan hanya akan bekerjasama dengan parti yang menghormati perjanjian satu sama lain, kata Pengerusi Perhubungannya Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata proses gabungan dengan parti lain sebelum ini telah mengajar UMNO Sabah untuk menjadi matang dalam menjalin kerjasama dengan parti lain di negeri ini. \u201cKita akan bekerjasama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":22683,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-22682","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22682","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22682"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22682\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22684,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22682\/revisions\/22684"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22683"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22682"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22682"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22682"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}