{"id":22495,"date":"2023-08-11T15:33:32","date_gmt":"2023-08-11T07:33:32","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=22495"},"modified":"2023-08-11T15:33:35","modified_gmt":"2023-08-11T07:33:35","slug":"mengantarabangsa-pks-dan-menoktahkan-kemiskinan-melalui-keusahawanan-agenda-kuskop-jayakan-ekonomi-madani-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/08\/11\/mengantarabangsa-pks-dan-menoktahkan-kemiskinan-melalui-keusahawanan-agenda-kuskop-jayakan-ekonomi-madani-ewon\/","title":{"rendered":"Mengantarabangsa PKS dan menoktahkan kemiskinan melalui keusahawanan agenda KUSKOP jayakan Ekonomi MADANI &#8211; Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, mengantarabangsakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menoktahkan kemiskinan melalui keusahawanan antara agenda kementeriannya membantu menjayakan Ekonomi Madani.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ini juga selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) adalah agenda besar kerajaan dalam Ekonomi Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi mencapai matlamat itu, kementerian mahu mengantarabangsakan syarikat pemula PKS tempatan dan memperkasakan pembangunan usahawan mikro dan sektor tidak formal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKementerian saya yang bertanggungjawab dalam pembangunan PMKS dan koperasi komited dan akan memberi perkhidmatan dan kepimpinan terbaik untuk merealisasikan aspirasi Ekonomi Madani Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian dalam temubual khas \u201cEkonomi Madani Perkukuh PMKS dan koperasi\u201d, dalam segmen Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1, pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, bagi memperkasa dan meningkatkan lagi prestasi PMKS di negara ini kementerian telah merangka pelbagai inisiatif pengantarabangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntaranya Program Business Export Program (BEP), Program Big Grow, Pembudayaan Environment, Social and Governance (ESG) &#8211; PKS Lestari dan<br>Program Pembangunan Digitalisasi PMKS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram-program ini yang akan dilaksanakan oleh kementerian sendiri dan agensi-agensi dibawahnya bertujuan mempertingkatkan daya saing usahawan PKS dalam pasaran antarabangsa dan membantu usahawan mikro menjadi usahawan sederhana yang boleh menembusi pasaran dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKuskop juga akan terus memperkasakan pembangunan digitalisasi di kalangan PMKS termasuk gerakan koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni termasuk pembangunan bersepadu MyMall sebagai platform jualan secara online, pembiayaan dan latihan keusahawanan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, dari segi membangunkan usahawan mikro dan sektor tidak formal yang membentuk kira-kira 79 peratus daripada jumlah PMKS di seluruh negara, kementerian melalui Tekun Nasional telah melancarkan inisiatif baharu untuk usahawan informal iaitu Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai anak kepada ibu tunggal yang merupakan usahawan informal, ianya sesuatu yang sangat personal kepada saya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya memahami cabaran, isu dan keperluan segmen usahawan ini dan menawarkan kepimpinan kepada mereka melalui Kuskop agar dapat menjayakan hasrat Perdana Menteri mengangkat martabat usahawan mikro dan informal, seterusnya membantu hasrat menoktahkan kemiskinan melalui keusahawanan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan peruntukan tambahan baharu sebanyak RM100 juta kepada Tekun Nasional, saya akan memastikan lebih ramai usahawan kecil, mikro dan informal mendapat manfaat daripada skim-skim sedia ada dan baharu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, usaha untuk membangunkan usahawan mikro dan informal di kalangan wanita melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga akan dilipatgandakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita telah melaksanakan secara rintis penubuhan Majlis Pembangunan Usahawan,Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil (MPUKPPK) di peringkat daerah supaya isu-isu yang dihadapi oleh usahawan mikro dan informal dapat ditangani secara berstruktur bermula di peringkat daerah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga ingin melihat pembelaan mengenai kemudahan infra asas dan bantuan kelengkapan kepada usahawan mikro dan informal khususnya di luar bandar dan di desa-desa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah mencadangkan pelaksanaan Projek Tamu Desa atau Gerai Desa sebagai salah satu inisiatif baharu daripada Kuskop bagi pelaksanaan separuh penggal yang seterusnya dalam Rancangan Malaysia ke-12,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan kementerian ekonomi dalam melaksanakan keperluan infra bagi usahawan mikro dan informal melalui pelaksanaan Inisiatif Kemudahan Rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, mengantarabangsakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menoktahkan kemiskinan melalui keusahawanan antara agenda kementeriannya membantu menjayakan Ekonomi Madani. Beliau berkata, ini juga selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia. \u201cPerusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) adalah agenda besar kerajaan dalam Ekonomi Madani [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":22496,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-22495","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22495","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22495"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22495\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22497,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22495\/revisions\/22497"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22496"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22495"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22495"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22495"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}