{"id":22130,"date":"2023-07-27T15:12:54","date_gmt":"2023-07-27T07:12:54","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=22130"},"modified":"2023-07-27T15:12:56","modified_gmt":"2023-07-27T07:12:56","slug":"program-csr-pelajar-non-residen-ums-bantu-tingkat-motivasi-pelajar-sk-bungalio-tuaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/07\/27\/program-csr-pelajar-non-residen-ums-bantu-tingkat-motivasi-pelajar-sk-bungalio-tuaran\/","title":{"rendered":"Program CSR Pelajar Non Residen UMS Bantu Tingkat Motivasi Pelajar SK. Bungalio, Tuaran"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Program Khidmat Masyarakat oleh sekumpulan pelajar Non Residen Universiti Malaysia Sabah (UMS) di SK. Bungalio, Tuaran baru-baru ini memberi motivasi kepada murid-murid di sekolah tersebut untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan mencapai kecemerlangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bertemakan &#8216;Siswa Prihatin, Masih Ada Yang Sayang\u2019, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Non Residen sesi 2022\/2023 (JAKMAS NR) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pengarah program, Jane April Teo, program tersebut membabitkan 22 pelajar non residen bersama-sama dengan beberapa kakitangan PNRF.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cObjektif utama program ini diadakan adalah bagi menambah pengetahuan dan pengalaman para peserta program dalam berinteraksi dengan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi samping itu, program ini juga menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan pendidikan melalui pelbagai medium dalam kehidupan, serta memberi pengalaman berkualiti untuk pelajar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jane turut memaklumkan, antara aktiviti yang diadakan oleh peserta sepanjang program tersebut berlangsung adalah sesi Latihan dalam kumpulan (LDK), sukaneka, penyerahan sumbangan buku dan juga melukis mural di dinding bangunan yang diabadikan untuk kenang-kenangan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Guru Besar SK. Bungalio, Jalius Gadsong merakamkan penghargaan kepada pihak UMS atas inisiatif mengadakan program khidmat masyarakat bersama murid-murid di sekolah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPihak sekolah menyambut baik usaha ini dan berharap agar program murni seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai motivasi kepada anak-anak untuk mencapai cita-cita ke menara gading,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah PNRF, Hasmi Hashim juga menyokong usaha kumpulan pelajar Non Residen UMS untuk meneruskan program-program yang memberi manfaat baik kepada pelajar mahupun kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram murni ini menyokong kepada amanat dan fokus ke-11 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu pemerkasaan pelajar, serta menyahut seruan salah satu program utama di bawah KPT iaitu Semarak Siswa Madani atau juga dikenali sebagai S4S (Student for Society),\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 37 murid SK. Bungalio dan dibantu oleh guru-guru sekolah telah menjayakan program tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama dalam program tersebut Yang Dipertua JAKMAS NR, Mohd. Nazarruddin Zulkipli.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Program Khidmat Masyarakat oleh sekumpulan pelajar Non Residen Universiti Malaysia Sabah (UMS) di SK. Bungalio, Tuaran baru-baru ini memberi motivasi kepada murid-murid di sekolah tersebut untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan mencapai kecemerlangan. Bertemakan &#8216;Siswa Prihatin, Masih Ada Yang Sayang\u2019, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Non Residen [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":22132,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-22130","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22130","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22130"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22130\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22133,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22130\/revisions\/22133"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22132"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22130"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22130"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22130"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}