{"id":21793,"date":"2023-07-15T10:41:01","date_gmt":"2023-07-15T02:41:01","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=21793"},"modified":"2023-07-15T10:41:02","modified_gmt":"2023-07-15T02:41:02","slug":"ewon-akan-bawa-bincang-menteri-pendidikan-dan-pengajian-tiinggi-isu-bkd-di-institut-perguruan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/07\/15\/ewon-akan-bawa-bincang-menteri-pendidikan-dan-pengajian-tiinggi-isu-bkd-di-institut-perguruan\/","title":{"rendered":"Ewon akan bawa bincang Menteri Pendidikan dan Pengajian Tiinggi, isu BKD di institut perguruan"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, beliau akan membincangkan isu pengajaran Bahasa Kadazandusun (BKD) di institut perguruan bersama Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, perbincangan itu adalah untuk mencari jalan penyelesaian masalah dan cabaran yang dihadapi guru-guru BKD seterusnya memantapkan lagi pengajaran bahasa itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita akan mengadakan perbincangan bersama kementerian berkenaan agar pengajian Bahasa Kadazandusun diperkasakan di peringkat institut pengajian tinggi seperti Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu isu bidang pengkhususan bahasa etnik di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang tidak disenaraikan dalam pengambilan calon guru bagi sesi tahun 2023 juga telah menimbulkan kekecewaan dan kebimbangan dikalangan guru-guru BKD.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerkara ini saya akan bincangkan bersama menteri berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian demi memperkasakan Bahasa Kadazandusun,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Bahasa Kadazandusun (BKD) Peringkat Kota Belud, di Dewan SMK Narinang, di sini, pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), berkata, sekiranya pengajian BKD tidak lagi ditawarkan di IPG, program BKD di UPSI harus diperkasakan. Setakat ini UPSI hanya menawarkan program BKD sebagai minor dan elektif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram BKD perlu diperkasakan untuk memenuhi keperluan mendesak, bukan sahaja membekalkan lebih ramai guru terlatih dan kompeten dalam bidang Bahasa Kadazandusun tetapi memenuhi tenaga dan pasaran pekerjaan yang berkelayakan, berkemahiran dan berketrampilan seperti pemberita, DJ Radio, televisyen, pemandu pelancong dan pensyarah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, penawaran bidang BKD juga penting untuk memperluaskan penyelidikan secara ilmiah berkaitan bahasa, budaya dan sastera dalam bahasa itu,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, beliau akan membincangkan isu pengajaran Bahasa Kadazandusun (BKD) di institut perguruan bersama Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, perbincangan itu adalah untuk mencari jalan penyelesaian masalah dan cabaran yang dihadapi guru-guru BKD seterusnya memantapkan lagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":21794,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-21793","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21793","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21793"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21793\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21795,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21793\/revisions\/21795"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21794"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21793"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21793"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21793"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}