{"id":21690,"date":"2023-07-10T17:32:08","date_gmt":"2023-07-10T09:32:08","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=21690"},"modified":"2023-07-10T17:32:10","modified_gmt":"2023-07-10T09:32:10","slug":"ewon-rasmi-pea-akademi-e-sports-pertama-di-pantai-timur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/07\/10\/ewon-rasmi-pea-akademi-e-sports-pertama-di-pantai-timur\/","title":{"rendered":"Ewon rasmi PEA akademi e-sports pertama di Pantai Timur"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUANTAN: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merasmikan Pahang Esports Academy (PEA) akademi esport pertama di Pantai Timur milik Koperasi Esports Pahang Berhad, di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Akademi esport itu dibangunkan oleh koperasi belia Pahang bertujuan memberi didikan kepada atlet esports agar lebih berjaya dalam bidang itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi dialog bersama Anak-Anak Muda Berkoperasi sempena sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) 2023 di pusat akademi itu, Ewon memuji kesungguhan usahawan muda menubuhkan koperasi itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGerakan koperasi sememangnya memerlukan tenaga muda dan idea yang baharu agar dapat berkembang dinamik dan kekal relevan dengan perkembangan sosioekonomi negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan pelbagai pembiayaan untuk semua koperasi termasuk yang terlibat dalam industri e-sport.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain Kuskop, kementerian lain yang berkaitan juga mempunyai dana yang boleh membantu membangunkan industri e-sport di Malaysia, termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Pengerusi Koperasi Esport Pahang Berhad (KEPB) Amirul Shafiq berkata, KEPB ditubuhkan untuk memberi didikan berkaitan koperasi, perniagaan dan e-sports kepada golongan belia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKEPB menjalankan perniagaan berkaitan pengurusan program, penyewaan peralatan, penyediaan bengkel, seminar, kursus dan kem motivasi berkaitan sukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami juga memberikan pandangan positif terhadap orang awam tentang industri esports, di mana industri ini mampu menjana sumber pendapatan dalam era moden,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Amirul berkata, antara objektifnya adalah menyediakan dan mentadbir industri esport melalui sistem pengurusan berkualiti dan inivatif selari dengan arus permodenan.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Ketua Setiausaha KUSKOP Dato\u2019 Sri Suriani Dato\u2019 Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KUSKOP Datuk Haji Zamri Salleh, Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Rusli Jaafar dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia Datuk Ali Mansor.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merasmikan Pahang Esports Academy (PEA) akademi esport pertama di Pantai Timur milik Koperasi Esports Pahang Berhad, di sini, semalam. Akademi esport itu dibangunkan oleh koperasi belia Pahang bertujuan memberi didikan kepada atlet esports agar lebih berjaya dalam bidang itu. Dalam sesi dialog bersama Anak-Anak Muda Berkoperasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":21691,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[34],"tags":[],"class_list":{"0":"post-21690","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-sukan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21690","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21690"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21690\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21692,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21690\/revisions\/21692"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21691"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21690"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21690"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21690"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}