{"id":21657,"date":"2023-07-09T20:17:24","date_gmt":"2023-07-09T12:17:24","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=21657"},"modified":"2023-07-09T20:17:28","modified_gmt":"2023-07-09T12:17:28","slug":"ewon-salurkan-rm500000-untuk-program-persatuan-kebajikan-dan-bencana-kawasan-penampang-setakat-april","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/07\/09\/ewon-salurkan-rm500000-untuk-program-persatuan-kebajikan-dan-bencana-kawasan-penampang-setakat-april\/","title":{"rendered":"Ewon salurkan RM500,000 untuk program persatuan, kebajikan dan bencana kawasan Penampang setakat April"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, beliau telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 setakat April lalu untuk kawasan Penampang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, peruntukan itu adalah untuk membiayai pelbagai program pembangunan, aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, kebajikan dan bantuan bencana khusus untuk Parlimen Penampang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDaripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM430,300 disediakan untuk sumbangan program-program persatuan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO), keagamaan dan kemasyarakatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram Kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebanyak RM37,200 dan bantuan untuk bencana sejumlah RM22,000. Kita menyalurkan sumbangan ini berdasarkan permohonan yang diterima di Pejabat Perhubungan Parlimen Penampang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena Perasmian Mini Tamu di Jeti Kampung Mahandoi, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Teks ucapannya disampaikan oleh Setiausaha Politik Carl Moosom.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut memuji usaha penduduk kampung dan Persatuan Pelancongan Penampang atas kejayaan menganjurkan program Mini Tamu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram seumpama ini amat baik bukan sahaja mempromosikan kawasan pelancongan di kawasan Penampang tetapi juga menunjukkan perpaduan, kerjasama dan kesatuan penduduk kampung dalam melaksanakan sesuatu program untuk kebaikan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap acara ini diteruskan dengan pelbagai aktiviti lebih menarik pada masa akan datang, supaya bukan hanya dihadiri penduduk tempatan tetapi pelancong asing,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, sebagai wakil rakyat kawasan itu, beliau akan terus menyokong program-program pembangunan pelancongan selain perhatian terhadap keperluan-keperluan lain termasuk pembangunan infrastruktur, pendidikan, keagamaan dan kebajikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai skim-skim pembiayaan yang disediakan di bawah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Ewon berkata, Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) di bawah Tekun Nasional adalah inisiatif baharu yang beliau perkenalkan khusus untuk peniaga Tamu Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTekun Nasional Negeri Sabah menyediakan pembiayaan sejumlah RM2.5 juta tahun ini untuk SPUT. Setakat Jun tahun ini Tekun telah meluluskan sejumlah RM668,000 permohonan SPUT kepada 142 usahawan tamu di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu saya menyeru para peniaga tamu atau pasar tamu supaya berkunjung ke mana-mana pejabat Tekun Nasional berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SPUT dan pembiayaan- pembiayaan lain yang bersesuaian,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu katanya, banyak lagi inisiatif baharu kementeriannya dan Kerajaan perpaduan yang dilaksanakan untuk membangunkan sektor keusahawanan, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeperti yang saya nyatakan sebaik memulakan tugas di kementerian, saya akan memberi fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak bagi membangunkan sektor PMKS tanpa menjejaskan fokus sedia ada dalam kementerian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam tempoh lebih kurang tujuh bulan menerajui kementerian, pelbagai inisiatif baharu kementerian untuk Sabah antaranya SPUT, pembukaan Kampus Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Sabah. Kampus cawangan INSKEN di Sabah adalah yang pertama di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInstitut Koperasi Malaysia (IKMa) iaitu agensi di bawah kementerian juga akan membuka cawangan baharu di Tawau dalam masa terdekat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Penampang Stanley Sikolis, CEO Lembaga Pelancongan Sabah Noredah Othman dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, beliau telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 setakat April lalu untuk kawasan Penampang. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, peruntukan itu adalah untuk membiayai pelbagai program pembangunan, aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, kebajikan dan bantuan bencana khusus untuk Parlimen Penampang. \u201cDaripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM430,300 disediakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":21658,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-21657","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21657","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21657"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21657\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21659,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21657\/revisions\/21659"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21658"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21657"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21657"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21657"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}