{"id":21573,"date":"2023-07-04T14:17:31","date_gmt":"2023-07-04T06:17:31","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=21573"},"modified":"2023-07-04T14:17:34","modified_gmt":"2023-07-04T06:17:34","slug":"skm-sabah-yakin-capai-sasaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/07\/04\/skm-sabah-yakin-capai-sasaran\/","title":{"rendered":"SKM Sabah yakin capai sasaran"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah yakin dapat mencapai sasaran untuk mendaftar lebih 100 koperasi di Sabah tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah Matias Kudapin berkata, keyakinan itu berdasarkan maklum balas yang diterima daripada orang ramai setiap kali SKM mengadakan program terutamanya program yang dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap kali program turun padang di Sabah, YB Menteri sentiasa bercakap mengenai kepentingan menubuhkan koperasi dan mewar-warkan skim-skim pembiayaan yang disediakan agensi-agensi di bawah kementerian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMinat orang ramai untuk menubuhkan koperasi terus meningkat bukan sahaja daripada program-program atau pameran SKM tetapi hasil galakan berterusan daripada pemimpin iaitu menteri sendiri ketika program turun padang bertemu penduduk kampong,\u201d ketika ditemui pemberita, di pejabatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Matias berkata, setakat Jun tahun ini, SKM Sabah telah melaksanakan tiga program pembangunan perniagaan dan 26 program promosi dan pembudayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSKM peringkat wilayah juga berjaya menganjurkan dua klinik perakaunan bagi membantu koperasi dalam proses menyiapkan akaun koperasi,\u201d katanya<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya lagi, sepanjang tahun lalu, SKM berjaya mendaftarkan sebanyak 103 koperasi di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 52 koperasi berjaya didaftarkan dan masih banyak permohonan yang sedang diproses untuk pendaftaran. Saya menjangkakan selepas ini jumlah permohonan baharu terus meningkat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, bagi meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai kepentingan menubuhkan koperasi, SKM Sabah merancang pelbagai program pembangunan koperasi sepanjang tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntaranya program penggalakan, pembudayaan, promosi dan pemantapan koperasi yang dilaksanakan di seluruh Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Long Pasia dan Tawau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram-program yang telah kita laksanakan awal tahun ini (Januari dan Februari) ialah Program Sembang Santai Bersama Koperasi Komuniti Gerakan Koperasi Negeri Sabah dan Taklimat Kesedaran Membudayakan Masyarakat Berkoperasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, pada bulan ini (Julai) buat julung kalinya sambutan Hari Koperasi Negara akan diadakan di Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai jumlah koperasi yang didaftarkan di Sabah, Matias berkata, setakat 27 Jun tahun ini, sebanyak 1,749 koperasi didaftarkan dengan keanggotaan seramai 350,368 orang dan perolehan mencecah RM569.71 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSecara keseluruhannya, jumlah modal syer sebanyak RM65.29 juta, yuran (RM166.79 juta) dan aset sebanyak RM915.25 juta,\u201d katanya.<br>Beliau berkata, kebanyakan koperasi yang berdaftar di Sabah terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan antaranya pertanian, pelancongan dan peruncitan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKoperasi juga dimiliki oleh pelbagai kumpulan sasaran iaitu wanita, belia, kakitangan kerajaan, petani, sekolah, persatuan, peneroka Felda, swasta, pusat pengajian tinggi, Kariah Masjid, penjaja dan peniaga kecil, pesara dan nelayan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah yakin dapat mencapai sasaran untuk mendaftar lebih 100 koperasi di Sabah tahun ini. Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah Matias Kudapin berkata, keyakinan itu berdasarkan maklum balas yang diterima daripada orang ramai setiap kali SKM mengadakan program terutamanya program yang dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":21574,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-21573","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21573","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21573"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21573\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21575,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21573\/revisions\/21575"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21574"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21573"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21573"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21573"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}