{"id":2157,"date":"2021-03-04T18:44:45","date_gmt":"2021-03-04T10:44:45","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=2157"},"modified":"2021-03-04T18:44:45","modified_gmt":"2021-03-04T10:44:45","slug":"sabah-fc-masih-tunggu-kebenaran-empat-pemain-import-beraksi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/03\/04\/sabah-fc-masih-tunggu-kebenaran-empat-pemain-import-beraksi\/","title":{"rendered":"Sabah FC masih tunggu kebenaran empat pemain import beraksi"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah FC masih menunggu kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan\u00a0empat pemain import mereka dapat beraksi dalam aksi\u00a0Liga Super yang bermula Sabtu ini\u00a0(6 Mac).<br \/>\nPengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir berkata setakat ini tiga pemain import\u00a0pasukan &#8216;The Rhinos&#8217; itu\u00a0dalam proses menjalani kuarantin wajib di negara ini manakala seorang lagi dalam proses untuk masuk ke Malaysia.<br \/>\nEmpat pemain import Sabah FC ialah Saddil Ramdani (Indonesia), Sam Johnson (Liberia), Risto Mitrevski (Macedonia) dan Levy Madinda (Gabon), bagaimanapun Marzuki tidak menyatakan pemain mana yang sedang menjalani kuarantin wajib atau dalam proses masuk.<br \/>\nMarzuki berkata kelewatan membawa masuk pemain itu\u00a0disebabkan proses dokumentasi serta peraturan ketat berkaitan COVID-19 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).<br \/>\n\u201cSelain itu proses polisi imigresen yang sangat ketat mengenai kemasukan warga asing ke negara ini selain ketiadaan penerbangan juga antara sebab kelewatan mereka sampai,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.<br \/>\nSabah FC bakal bertemu Melaka United dalam Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka\u00a0yang dijadual Sabtu ini.<br \/>\nMarzuki berkata setakat ini proses menandatangani kontrak pemain itu sudah diselesaikan awal bulan lepas (Februari)\u00a0di samping pihak pengurusan Sabah FC telah memulakan proses dokumentasi sejurus selepas kontrak ditandatangani.<br \/>\n\u201cPengesahan ini diharap semua penyokong tetap bersabar serta\u00a0sentiasa memberikan sokongan padu kepada Sabah FC bagi memastikan prestasi dan fokus pasukan berada pada tahap maksimum,\u201d katanya lagi.\u00a0<br \/>\nPihaknya berharap agar semua empat pemain import Sabah FC itu\u00a0dapat beraksi dalam perlawanan\u00a0 menentang PJ City FC di Stadium Likas di sini pada 13 Mac depan.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah FC masih menunggu kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan\u00a0empat pemain import mereka dapat beraksi dalam aksi\u00a0Liga Super yang bermula Sabtu ini\u00a0(6 Mac). Pengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir berkata setakat ini tiga pemain import\u00a0pasukan &#8216;The Rhinos&#8217; itu\u00a0dalam proses menjalani kuarantin wajib di negara ini manakala seorang lagi dalam proses untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":2158,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[34],"tags":[],"class_list":{"0":"post-2157","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-sukan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2157","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2157"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2157\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2159,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2157\/revisions\/2159"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2158"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2157"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2157"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2157"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}