{"id":21317,"date":"2023-06-21T19:06:01","date_gmt":"2023-06-21T11:06:01","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=21317"},"modified":"2023-06-21T19:06:04","modified_gmt":"2023-06-21T11:06:04","slug":"dewan-negara-lulus-pindaan-ruu-suruhanjaya-koperasi-malaysia-pindaan-2023","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/06\/21\/dewan-negara-lulus-pindaan-ruu-suruhanjaya-koperasi-malaysia-pindaan-2023\/","title":{"rendered":"Dewan Negara lulus pindaan RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pindaan 2023"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) (Pindaan) 2023 diluluskan di Dewan Negara, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>RUU itu antara lain memperuntukkan pengasingan tugas antara Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SKM.<\/p>\n\n\n\n<p>Rang Undang-Undang itu yang dibentangkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 8 Jun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan bagi rang undang-undang itu di Dewan Negara hari ini, Ewon menghargai pandangan dan sokongan daripada 11 ahli dewan yang telah membahas serta menyokong RUU itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami menghargai semua pandangan termasuk teguran oleh ahli-ahli dewan. Pada saya, untuk kita mengangkat dan membangunkan gerakan koperasi di negara ini, semuanya bermula daripada kepimpinan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai kuasa menteri melantik enam ahli lembaga pengarah, Ewon berkata, antara pertimbangan yang akan diambil kira ialah individu itu sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai gerakan koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDaripada enam orang ahli lembaga itu, kita telah melantik seorang sebelum pindaan ini dibuat iaitu pengarah Institut Koperasi Malaysia yang memang terlibat dalam gerakan koperasi dalam sektor latihan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu katanya, pertimbangan lain yang perlu diambil kira ialah wakil daripada gerakan koperasi seluruh negara iaitu Malaysia Timur dan Malaysia Berat serta wakil Sabah, Sarawak, bukan bumiputera, bumiputera dan wakil daripada gerakan koperasi yang berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni antara pertimbangan kita untuk melantik ahli lembaga pengarah supaya mencakupi semua gerakan koperasi di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mengambil kira pertimbangan gerakan koperasi menyeluruh mewakili semua supaya hal-hal dan isu-isu koperasi dapat diangkat dan dibincangkan di peringkat lembaga pengarah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai kuasa menteri untuk menamatkan pelantikan tanpa memberi apa-apa sebab, Ewon menjelaskan bahawa, banyak rang undang-undang sebelum ini yang telah diputuskan di Dewan Negara mempunyai perenggan yang sama \u2018menteri boleh membuat penamatan pelantikan tanpa memberi sebab\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mengambil maklum dan menghargai pandangan serta teguran yang disampaikan oleh ahli-ahli berhormat yang risau ia akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi kita lihat dari sudut positifnya, apabila saya menyampaikan pelantikan itu bagi pihak kerajaan, kita beri peringatan kepada ahli-ahli yang dilantik sama ada yang enam orang atau ahli lembaga yang mewakili kementerian dan agensi kerajaan yang lain yang duduk dalam suruhanjaya ini termasuk pengerusinya nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeringatan kepada mereka bahawa pelantikan itu untuk mereka membela dan membangunkan gerakan koperasi, seandaninya mereka lalai atau tidak dapat menjalankan tanggjugnawab itu maka pelantikan mereka boleh ditamatkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka mengetahui ada punca kuasa yang diberi kepada menteri, maka septatutnya mereka berikrar kepada ahli koperasi bahawa pelantikan itu dibuat kerana mereka mahu membangunkan gerakan koperasi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon turut menjelaskan mengenai penstrukturan semula pengasingan kuasa diantara pengerusi dengan ketua pegawai eksektufi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau sebelum ini orangnya sama, sekarang ini melibatkan dua orang yang berbeza dan pengwujudan tiga timbalan ketua pegawai eksekutif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJawatan tiga Naib Pengerusi dalam struktur sekarang akan dinaiktaraf menjadi timbalan ketua pegawai eksekutif dengan fokus perkhdimatan yang sama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, dari segi implikasi kewangan, SKM dengan kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam akan berbincang selepas ini pindaan ini diluluskan bagi menentukan implikasinya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) (Pindaan) 2023 diluluskan di Dewan Negara, hari ini. RUU itu antara lain memperuntukkan pengasingan tugas antara Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SKM. Rang Undang-Undang itu yang dibentangkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 8 Jun lalu. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":21318,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-21317","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21317","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21317"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21317\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21319,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21317\/revisions\/21319"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21318"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21317"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21317"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21317"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}