{"id":21035,"date":"2023-06-08T09:26:57","date_gmt":"2023-06-08T01:26:57","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=21035"},"modified":"2023-06-08T09:27:00","modified_gmt":"2023-06-08T01:27:00","slug":"mempertahan-menjayakan-kerajaan-perpaduan-matlamat-politik-umno-ketika-ini-mohamad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/06\/08\/mempertahan-menjayakan-kerajaan-perpaduan-matlamat-politik-umno-ketika-ini-mohamad\/","title":{"rendered":"Mempertahan, Menjayakan Kerajaan Perpaduan Matlamat Politik UMNO ketika ini – Mohamad"},"content":{"rendered":"\n
<\/p>\n\n\n\n
KUALA LUMPUR:  Mempertahan dan menjayakan Kerajaan Perpaduan adalah matlamat politik UMNO waktu ini dengan menggembleng segala kepakaran dan pengalaman yang dimiliki parti, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata usaha menjayakan Kerajaan Perpaduan sangat penting kerana UMNO mesti melakukan perkara yang betul untuk tanah air.
\u201cTelah empat tahun Malaysia terumbang-ambing, tanpa matlamat jelas dalam bernegara dan berbangsa. Masakan kita mahu membiarkan ia berterusan.
Justeru, kita mesti menggunakan peluang yang sangat unik ini, untuk membezakan UMNO dari parti politik lain bahawa kita bukan sekadar punya iltizam. Kita punya kepakaran, kebijaksanaan, ilmu dan pengalaman yang boleh kita manfaatkan untuk menjadikan kerajaan ini kerajaan yang cekap, bersih dan amanah,\u201d katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serentak yang turut dihadiri tiga Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di sini pada Rabu.
Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata kedudukan UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan telah membuka potensi baru untuk parti.
\u201cUMNO dan BN sedang melalui \u2018eksperimen politik\u2019 yang sangat penting. Panggillah apa pun. Jajaran baru, koalisi baharu, persefahaman baharu. Yang jelas, ia adalah haluan politik yang \u2018business as unusual\u2019 iaitu pembentukan persefahaman politik yang berasaskan perpaduan dan kepentingan nasional.
\u201cJika selama berpuluh tahun, UMNO telah terbiasa dengan persefahaman politik \u2018to rule\u2019, namun, trend yang kita lalui waktu ini pula ialah \u2018to unite and to govern\u2019. Kita melihat kemunculan politik kerjasama dan muhibah, politik perpaduan, politik permuafakatan,\u201d katanya.
Menyingkap kembali penyertaan UMNO untuk membentuk kerajaan, Menteri Pertahanan itu berkata bersandarkan realiti dan kedudukan bahawa parti telah tewas, kepimpinan UMNO telah melakukan ijtihad politik untuk bersama Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Perpaduan.
\u201cKita menyedari betapa kecilnya pengaruh kita di mata pengundi dan untuk survival UMNO, kita mesti mencari jalan menjadi sebahagian dari kerajaan. Dengan kehendak Allah, UMNO dan BN yang cuma mempunyai 30 kerusi, ditakdirkan menjadi penentu dalam penubuhan kerajaan,\u201d katanya.
Mohamad turut meminta semua pihak untuk tidak lagi menyebarkan pelbagai naratif yang mengelirukan dan harus menoktahkan segala kekeliruan serta bekerja seolah-olah kerajaan adalah milik UMNO dan dipimpin UMNO sepenuhnya.
Justeru beliau mencadangkan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk menggunakan perhimpunan kali ini sebagai wadah memberikan saranan untuk mengemudi masa depan bersama rakan-rakan politik dalam Kerajaan Perpaduan.
Mohamad turut menegaskan walaupun bersama dalam Kerajaan Perpaduan yang di dalamnya mempunyai 19 parti lain, UMNO akan tetap memperjuangkan Islam dan Melayu dalam kerangka \u2018hubbul watan\u2019 (cinta kepada tanah air) yang lebih sederhana serta lebih menghargai kepelbagaian Malaysia.
Selain itu, Mohamad berkata telah tiba masanya UMNO menyandarkan masa depan parti itu kepada generasi muda dan generasi penerus dengan lebih serius dan terancang, kerana generasi itu adalah penerus perjuangan bangsa serta penyambung kepada cita-cita nasional.
\u201cAnda adalah asbab kenapa parti ini wujud dan berkelangsungan. Anda semua adalah sebahagian dari masalah dan solusi kepada Malaysia. Begitu juga kepada parti. Apalagi bila mengambil kira, arus penolakan anak mudalah yang menyebabkan UMNO tewas dan terjerumus dalam keadaan sebegini.
\u201cJadi kepada kepimpinan Pemuda dan Puteri, saya dan rakan-rakan dalam Majlis Tertinggi insya-Allah, tidak akan memandang enteng dan mengambil mudah, peranan kalian dalam menguatkan kembali UMNO,\u201d katanya.
— BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
KUALA LUMPUR:  Mempertahan dan menjayakan Kerajaan Perpaduan adalah matlamat politik UMNO waktu ini dengan menggembleng segala kepakaran dan pengalaman yang dimiliki parti, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata usaha menjayakan Kerajaan Perpaduan sangat penting kerana UMNO mesti melakukan perkara yang betul untuk tanah air.\u201cTelah empat tahun Malaysia terumbang-ambing, tanpa matlamat jelas dalam bernegara dan […]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":21036,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-21035","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21035","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21035"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21035\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21037,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21035\/revisions\/21037"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21036"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21035"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21035"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21035"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}