{"id":20736,"date":"2023-05-25T15:14:43","date_gmt":"2023-05-25T07:14:43","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=20736"},"modified":"2023-05-25T15:14:45","modified_gmt":"2023-05-25T07:14:45","slug":"jadikan-wakil-rakyat-sebagai-rujukan-pertimbangkan-hutan-simpan-komuniti-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/05\/25\/jadikan-wakil-rakyat-sebagai-rujukan-pertimbangkan-hutan-simpan-komuniti-ewon\/","title":{"rendered":"Jadikan Wakil Rakyat sebagai rujukan, pertimbangkan Hutan Simpan Komuniti \u2013 Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Beneduck mencadangkan supaya semua Wakil Rakyat dijadikan sebagai Point of Reference (PoR) dalam sesi libat urus berkaitan pewartaan Hutan Simpan di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan Hutan Simpan Komuniti dalam usaha menambah peratusan kawasan Hutan Simpan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menyokong Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Hutan seperti yang dibentangkan di Dewan ini dengan tujuan mendapatkan sokongan ahli-ahli dewan, tetapi di luar Dewan kalau sesi libat urus tidak melibatkan wakil-wakil rakyat ada kejangalan kerana wakil rakyat membawa mandat rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSudah tentu keutaamaan wakil rakyat ialah mengangkat perkara-perkara yang dibawa oleh rakyat kepada wakil rakyat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, saya mencadangkan supaya wakil-wakil rakyat di semua kawasan dijadikan sebagai point of reference dalam sesi libat urus berkaitan Hutan Simpan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 1984, pada persidangan dewan undangan negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon turut mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan pengwujudan Hutan Simpan Komuniti di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam usaha kita menambah peratusan kawasan Hutan Simpan di Sabah, saya mencadangkan supaya Jabatan Perhutanan mengkaji untuk memperkenalkan Hutan Simpan Komuniti bagi membolehkan kawasan yang dituntut oleh komuniti di kawasan berkenaan diwartakan sebagai Hutan Simpan Komuniti atau Tagal Komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDari segi pemeliharaan dan penjagaan, kita serahkan kepada penduduk kampung atau komuniti yang menuntut kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKawasan tersebut tidak boleh digunakan untuk pertanian tetapi boleh dipertimbangkan untuk perkampungan pada masa depan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ada keperluan mewujudkan Hutan Simpan Komuniti untuk tujuan perkampungan kerana, jumlah penduduk akan sentiasa bertambah dan memerlukan kawasan perumahan baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu, pada pandangan saya, Hutan Simpan Komuniti sesuai dipertimbangkan sebagai satu kelas pengkelasan Hutan Simpan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika Tagal Sungai boleh berjaya di banyak kampung, saya percaya Hutan atau Tagal Hutan yang akan dijaga oleh komuniti juga boleh berjaya bagi menggalakkan penglibatan komuniti dalam pemuliharaan hutan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ewon turut membangkitkan isu berkaitan hutan simpan di Kadamaian dan Penampang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, isu Hutan Simpan Wariu di kawasan Kadamaian yang diwartakan pada 2016 dan hutan simpan Kg.Kibunut Penampang mendapat bantahan daripada penduduk kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi kawasan Kadamaian, ada cadangan sekitar 2016 untuk mewartakan sebahagian kawasan Kampung Melangkap dan Kg.Gensurai sebagai Hutan Simpan Wariu bagi menggantikan kawasan lain yang ditukar wartanya pada tahun berikutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKampung di situ, sudah wujud sejak puluhan tahun sebelum pembentukan Malaysia, jadi ada pertikaian mengenai cadangan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya hanya mengetahui perkara ini pada 2020 dan telah membawanya ke Kabinet pada masa itu dan ada perbincangan. Saya tahu Kabinet yang ada sekarang boleh membuat keputusan baru,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berharap, sekiranya cadangan itu diteruskan, beliau sebagai wakil rakyat Kadamaian dilibatkan dalam sesi libat urus supaya tidak berlaku konflik diantara kerajaan dengan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang turut menyuarakan bantahan dan tuntutan penduduk Kg.Kibunut mengenai hutan simpan di kawasan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya minta pihak kerajaan negeri terutamanya Jabatan Perhutanan dan jabatan berkaitan mengkaji semula Hutan Simpan di Kg.Kibunut Penampang dan melibatkan wakil rakyat dalam perbincangan mengenai perkara itu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon turut mempersoalkan kenapa kerajaan terdahulu membenarkan projek penanaman getah oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di kawasan berkenaan tetapi tidak membenarkan penduduk kampung mengusahakan kawasan itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Beneduck mencadangkan supaya semua Wakil Rakyat dijadikan sebagai Point of Reference (PoR) dalam sesi libat urus berkaitan pewartaan Hutan Simpan di negeri ini. Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan Hutan Simpan Komuniti dalam usaha menambah peratusan kawasan Hutan Simpan. \u201cSaya menyokong Rang Undang-Undang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":20737,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-20736","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20736","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20736"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20736\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20738,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20736\/revisions\/20738"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20737"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20736"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20736"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20736"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}