{"id":20709,"date":"2023-05-23T22:09:27","date_gmt":"2023-05-23T14:09:27","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=20709"},"modified":"2023-05-24T09:51:52","modified_gmt":"2023-05-24T01:51:52","slug":"ewon-mahu-gerakan-koperasi-di-negara-ini-diperkasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/05\/23\/ewon-mahu-gerakan-koperasi-di-negara-ini-diperkasa\/","title":{"rendered":"Ewon mahu gerakan koperasi di negara ini diperkasa"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan kerjasama antara koperasi-koperasi dari satu wilayah atau negeri bagi mewujudkan ekosistem gerakan Koperasi MADANI.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kerjasama itu juga penting bagi memakmurkan ekonomi negara, memperkukuhkan kesejahteraan rakyat seterusnya memberi manfaat kepada ahli koperasi dan rakyat secara keseluruhannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mahu melihat gerakan koperasi diperkasakan lagi melalui kerjasama antara koperasi-koperasi di seluruh negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Gerakan Koperasi, di Dewan Perdana Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Eown berkata, berdasarkan statistik gerakan koperasi di seluruh negara, setakat 31 Disember tahun lalu, sebanyak 15,315 buah koperasi berdaftar dengan jumlah keanggotaan seramai 7.3 juta orang dengan modal syer\/ yuran terkumpul berjumlah RM16.99 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ia menunjukkan koperasi mampu memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara dan mewujudkan satu rangkaian perniagaan yang kukuh dan mampan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni diperkukuhkan lagi dengan rekod kedudukan aset secara keseluruhannya sebanyak RM159.6 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cManakala sumbangan perolehan koperasi juga dilihat memberangsangkan pada 2022 iaitu melebihi RM45.50 bilion dan menunjukkan sumbangan besar kepada ekonomi negara kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), Ewon berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah membangunkan OACP SKM 2023-2025.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mengalu-alukan Pelan Antirasuah Organisasi ini dan saya percaya semua agensi di bawah kementerian saya juga mempunyai pelan antirasuah masing-masing<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni menunjukkan perkhidmatan awam di peringkat agensi dan kementerian mempunyai kesungguhan memperbaiki tatakelola dan integrity menolak rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIanya penting untuk kita semua supaya sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan menolak sebarang unsur rasuah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Pelan Antirasuah Organisasi ini adalah satu dasar yang mencerminkan kesungguhan warga SKM membenteras segala bentuk aspek rasuah dalam organisasi, terutamanya dalam membangunkan koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasmy, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Umar Sarim Saidin, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Zamri Salleh dan ketua-ketua agensi di bawah kementerian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan kerjasama antara koperasi-koperasi dari satu wilayah atau negeri bagi mewujudkan ekosistem gerakan Koperasi MADANI. Beliau berkata, kerjasama itu juga penting bagi memakmurkan ekonomi negara, memperkukuhkan kesejahteraan rakyat seterusnya memberi manfaat kepada ahli koperasi dan rakyat secara keseluruhannya. \u201cSaya mahu melihat gerakan koperasi diperkasakan lagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":20710,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-20709","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20709","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20709"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20709\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20712,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20709\/revisions\/20712"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20710"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20709"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20709"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20709"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}