{"id":20387,"date":"2023-05-12T15:12:54","date_gmt":"2023-05-12T07:12:54","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=20387"},"modified":"2023-05-12T15:12:54","modified_gmt":"2023-05-12T07:12:54","slug":"ums-mohon-maaf-atas-kesulitan-kekurangan-bekalan-air-dihadapi-warga-kampus-masalah-air-menyeluruh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/05\/12\/ums-mohon-maaf-atas-kesulitan-kekurangan-bekalan-air-dihadapi-warga-kampus-masalah-air-menyeluruh\/","title":{"rendered":"UMS Mohon Maaf  Atas Kesulitan Kekurangan Bekalan Air dihadapi Warga Kampus , masalah air menyeluruh"},"content":{"rendered":"<p>\u00a0<br \/>\nKOTA KINABALU; Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil maklum tentang luahan di laman twitter mengenai masalah kekurangan bekalan air di kampus induk Kota Kinabalu.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nUMS dengan rendah diri memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh seluruh warga kampus induk Kota Kinabalu.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBerdasarkan maklumat hasil daripada beberapa siri pertemuan UMS dengan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), masalah bekalan air ini dihadapi secara menyeluruh oleh penduduk sekitar Tuaran, Tamparuli, Sepanggar termasuk kampus UMS Kota Kinabalu.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nIa memandangkan loji yang membekalkan air terawat di kawasan-kawasan ini iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Telibong, Tuaran hanya mampu menghasilkan bekalan air terawat sekitar 164 Juta Liter Sehari (MLD) berbanding keperluan sebenar sebanyak 190 MLD.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPada masa yang sama, kerja-kerja pemindahan dan naik taraf saluran paip di sepanjang jalan Pan Borneo juga sedang dijalankan. Maka dengan itu, pihak JANS mengambil pendekatan mengadakan catuan bekalan air.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKampus induk UMS sahaja memerlukan sekitar 3 MLD hingga 5 MLD sehari untuk menampung keperluan air terawat di dalam kampus.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenyedari akan keperluan mendesak warga kampus khususnya di kolej-kolej kediaman pelajar, pihak UMS ketika ini juga menggunakan perkhidmatan lori tangki bagi membekalkan air terawat JANS.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBekalan ini diperolehi daripada LRA Moyog Penampang, melibatkan 20 kali penghantaran lori tangki air sehari atau anggaran kapasiti sehingga 400,000 liter sehari dibekalkan untuk kegunaan kolej kediaman pelajar dan juga \u00a0bangunan sekitar dalam kampus UMS.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPihak UMS juga berinisiatif mencari sumber air alternatif dalam kampus. Pihak UMS telah membuat satu perpaipan daripada punca air bukit, dalam kampus yang mampu membekalkan air sebanyak 60,000 &#8211; 80,000 Liter Sehari.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPihak UMS juga telah mengenalpasti punca air bukit lain dan akan membuat perpaipan baru bagi penyaluran air bukit berkenaan untuk kegunaan pelajar.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSebanyak RM350,000 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan inovasi bekalan sumber air dalaman seperti air graviti, air bawah tanah dan air hujan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSelain itu, tangki-tangki tambahan di luar kolej-kolej kediaman yang lengkap dengan sistem pam dan perpaipan turut disediakan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPihak UMS sentiasa berhubung dengan pihak JANS dalam menyampaikan tahap gangguan melibatkan kampus induk UMS dan juga pemantauan harian aras bekalan air terawat di tangki R13 JANS.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPihak JANS telah memaklumkan bahawa LRA Telibong 2 Fasa 2 akan mula beroperasi untuk mengepam sebanyak 20 juta liter sehari dan dijangka siap pada bulan Julai 2023. Inisiatif ini diharap mampu meredakan krisis bekalan air yang melanda.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPihak UMS sedar, langkah-langkah ini mungkin belum dapat memberikan penyelesaian yang menyeluruh, namun pihak UMS akan terus berusaha sedaya upaya bagi mengurangkan impak catuan bekalan air kepada para pelajar dan warga kampus induk UMS.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPihak UMS juga menyambut baik cadangan pelajar untuk mengadakan kelas dalam talian sekiranya keadaan isu air semakin menyulitkan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPara pelajar juga boleh mendapatkan info-info semasa termasuk perkembangan hal ehwal berkaitan air di dalam kumpulan whatsapp kolej kediaman masing-masing pada setiap hari agar maklumat yang sahih dan tepat dapat diperolehi dengan pantas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 KOTA KINABALU; Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil maklum tentang luahan di laman twitter mengenai masalah kekurangan bekalan air di kampus induk Kota Kinabalu. \u00a0 UMS dengan rendah diri memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh seluruh warga kampus induk Kota Kinabalu. \u00a0 Berdasarkan maklumat hasil daripada beberapa siri pertemuan UMS dengan Jabatan Air [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":20388,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-20387","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20387","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20387"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20387\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20389,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20387\/revisions\/20389"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20388"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20387"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20387"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20387"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}