{"id":20093,"date":"2023-04-28T14:07:26","date_gmt":"2023-04-28T06:07:26","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=20093"},"modified":"2023-04-28T14:07:26","modified_gmt":"2023-04-28T06:07:26","slug":"pelan-pembangunan-penampang-dijangka-siap-oktober-ini-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/04\/28\/pelan-pembangunan-penampang-dijangka-siap-oktober-ini-ewon\/","title":{"rendered":"Pelan Pembangunan Penampang dijangka siap Oktober ini &#8211; Ewon"},"content":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, Pelan Pembangunan Penampang yang dilaksanakan Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) telah dimulakan pada bulan ini (April) dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, apabila siap kelak, pelan pembangunan itu akan menjadi dokumen penting untuk pembangunan Penampang.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap semua kampung di seluruh Penampang memberikan input kepada kandungan aspirasi rakyat yang akan dibukukan dan dokumentasikan dalam Pelan Pembangunan Penampang.<\/p>\n<p>\u201cAntara input yang akan dimasukkan dalam pelan pembangunan itu ialah mengenai pembangunan jalan raya, air, elektrik, liputan telekomunikasi, pendidikan, hospital, pemilikan tanah, pembangunan keusahawanan, klinik, pelancongan dan pertanian.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya ini akan menjadi perincian besar dalam pelan tersebut. Oleh itu saya berharap penduduk Penampang dapat memberikan kerjasama kepada IDS dan Pejabat Daerah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas Program Santai Bersama Penduduk Kampung dan guru-guru SK Terian dan SK.Buayan sempena lawatannya ke kampung berkenaan, di sini, kelmarin.<\/p>\n<p>Ewon berkata, laporan pelan pembangunan itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Penampang sebelum dijadikan dokumen kerajaan dan dijangka dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hujung tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cSelepas itu menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat Penampang untuk memastikan pelan ini menjadi input  Penampang kepada Rancangan Malaysia seterusnya dan Rancangan Pembangunan Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pelan pembangunan itu akan memuatkan semua keperluan rakyat Penampang yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan berusaha mendapatkan peruntukan sewajarnya untuk melaksanakan apa yang dimasukkan dalam pelan tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengenai lawatan di Kg.Terian, Ewon berkata, beliau menerima pelbagai aduan mengenai keperluan kampung itu termasuk penambahbaikan kemudahan-kemudahan sedia ada seperti Klinik Desa, sekolah, rumah ibadat, asrama sekolah dan pusat komuniti.<\/p>\n<p>Selain itu katanya, penduduk kampung juga mahu isu-isu pemilikan tanah di kampung itu diselesaikan dan jalan raya dinaiktaraf.<\/p>\n<p>\u201cSaya meninjau sendiri bangunan Klinik  Kesihatan Kg.Terian, sekolah, asrama sekolah, rumah ibadat dan pusat komuniti. Saya mendapati memang ada keperluan untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan sedia ada selain keperluan  pembinaan baru beberapa kemudahan yang telah disampaikan kepada saya termasuk pemilikan tanah.<\/p>\n<p>\u201cSebagai wakil rakyat, tanggungjawab saya mendengar, melihat dan meneliti permasalahan dan keperluan yang disampaikan kepada saya di kampung-kampung seluruh daerah Penampang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ewon berkata, beliau juga merancang untuk mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi di bawah kementeriannya untuk melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk menambahbaik kemudahan di SK.Terian Penampang.<\/p>\n<p>Pada majlis itu beliau menyampaikan sumbangan sejumlah RM15,000 masing-masing RM5,000 untuk pembangunan gereja, sekolah dan Kampung Terian.<\/p>\n<p>Ewon turut merasmikan Projek Air Graviti SK Terian yang dilaksanakan Lions Club dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan yang lain.<\/p>\n<p>Dalam lawatan ke Kg.Buayan, Ewon juga menyampaikan sumbangan sejumlah RM15,000 masing-masing RM5,000 kepada SK.Buayan, Gereja Katolik St.Pope John Paul II dan tabung kebajikan  Kg.Buayan. <\/p>\n<p>Turut serta dalam lawatan itu Pegawai Daerah Penampang Francis Chong, Penolong Pegawai Daerah Penampang (Pembangunan) Stanley Sikolis, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Air,  Kelab WRS Penampang dan Lions Club.a <\/p>\n<p>Sementara itu, Ewon buat julung kalinya mengadakan lawatan di Kg.Terian dan Kg.Buayan selepas diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen Penampang pada pilihan raya lalu.<\/p>\n<p>Dua buah kampung itu yang terletak lebih kurang 30 kilometer dari Pekan Donggongon antara kampung pedalaman di Penampang yang amat mencabar kerana jalan perhubungan kampung itu adalah jalan tanah merah, berbukit dengan merentasi beberapa sungai dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.<\/p>\n<p>Menurut penduduk kampung, jalan menghubungkan Kampung Buayan siap dibina pada 2013 manakala jalan ke Kg.Terian siap pada 2007.<\/p>\n<p>Walaupun jalan menghubungkan kampung berkenaan siap beberapa tahun lalu namun ia masih sukar dilalui kenderaan ringan, malah kenderaan pacuan empat roda juga mengalami kesukaran terutamanya pada musim hujan.<\/p>\n<p>Sebelum ini penduduk di kedua-dua kampung itu terpaksa berjalan kali selama enam hingga lapan jam untuk mendapatkan barangan keperluan atau memasarkan hasil pertanian di Pekan Donggongon.<\/p>\n<p>Lawatan Ewon ke kampung berkenaan selama dua hari yang berakhir hari ini, disertai Kelab WRS Penampang. Konvoi melibatkan 30 buah kereta pacuan empat roda termasuk pasukan polis, wakil Jabatan Air dan Jabatan Kerja Raya (JKR) disertai kira-kira 70 orang.<\/p>\n<p>\u201cSaya memilih menaiki kereta untuk melawat kedua-dua kampung ini kerana ingin merasai kesukaran dan cabaran perjalanan yang dilalui penduduk kampung.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan jalan amat mencabar dan sememangnya memerlukan perhatian kerajaan. <\/p>\n<p>\u201cSebab itu, saya berharap penduduk di kedua-dua kampung memberikan kerjasama kepada Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) yang melaksanakan kajian Pelan Pembangunan Penampang.<\/p>\n<p>\u201cSemua keperluan penduduk kampung terutamanya penaiktarafan jalan raya dan pembinaan kemudahan-kemudahan lain akan dimasukkan dalam pelan pembangunan itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu wakil penduduk Kg.Terian Blasius Sipail berkata, sebelum jalan raya kampung itu dibina pada 2007, mereka terpaksa berjalan kaki selama lapan jam ke Pekan Donggongon.<\/p>\n<p>\u201cJalan ke kampung kami sudah dibina tetapi malangnya ia masih sukar dilalui terutamanya pada musim hujan kerana licin dan berlumpur.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, kami merayu kepada kerajaan supaya mempercepatkan penaiktarafan jalan itu atau sekurang-kurangnya menabur batu, membina kalbut dan parit,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, Pelan Pembangunan Penampang yang dilaksanakan Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) telah dimulakan pada bulan ini (April) dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, apabila siap kelak, pelan pembangunan itu akan menjadi dokumen penting untuk pembangunan Penampang. \u201cSaya berharap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":20094,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-20093","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20093","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20093"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20093\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20095,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20093\/revisions\/20095"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20094"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20093"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20093"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20093"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}