{"id":1929,"date":"2021-02-26T08:35:03","date_gmt":"2021-02-26T00:35:03","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=1929"},"modified":"2021-02-26T08:35:05","modified_gmt":"2021-02-26T00:35:05","slug":"adun-sebatik-pemimpin-ahli-keluar-parti-kerana-hilang-keyakinan-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/02\/26\/adun-sebatik-pemimpin-ahli-keluar-parti-kerana-hilang-keyakinan-bung-moktar\/","title":{"rendered":"ADUN Sebatik: Pemimpin, ahli keluar parti kerana hilang keyakinan &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA KINABALU (BERNAMA): Sudah menjadi lumrah pemimpin atau ahli memilih untuk keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan atau perjuangan parti, kata Timbalan Pengerusi I Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Bung Moktar Radin.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata perkara ini tidak terkecuali dalam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mengumumkan keluar parti hari ini dan menyokong kerajaan negeri pimpinan GRS.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pemimpin dan ahli parti akan keluar jika hilang keyakinan kepada pemimpin dan perjuangan parti\u2026 kita tidak tahu ke arah mana YB (Yang Berhormat) ini, kita tunggu dan lihat dulu,&#8221; katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi Whatsapp hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bung Moktar, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, berkata parti itu mengalu-alukan Hassan A Gani sekiranya beliau memilih untuk menyertainya, bagaimanapun prosedur kemasukan ke dalam parti perlu dipatuhi.<\/p>\n\n\n\n<p>Hassan A Gani, dalam temu bual dengan Bernama, hari ini mengumumkan keluar Warisan atas alasan parti itu masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan tindakan Hassan A Gani menyokong GRS, gabungan itu yang dianggotai parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah kini memiliki sokongan 48 ADUN daripada keseluruhan 79 ADUN negeri tersebut.&#8211; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU (BERNAMA): Sudah menjadi lumrah pemimpin atau ahli memilih untuk keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan atau perjuangan parti, kata Timbalan Pengerusi I Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Bung Moktar Radin. Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata perkara ini tidak terkecuali dalam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":1930,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[288],"class_list":{"0":"post-1929","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan","8":"tag-sebatik"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1929","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1929"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1929\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1931,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1929\/revisions\/1931"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1930"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1929"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1929"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1929"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}