{"id":19272,"date":"2023-03-21T18:54:16","date_gmt":"2023-03-21T10:54:16","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=19272"},"modified":"2023-03-21T18:54:16","modified_gmt":"2023-03-21T10:54:16","slug":"sokongan-warisan-semakin-suram-nizam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/03\/21\/sokongan-warisan-semakin-suram-nizam\/","title":{"rendered":"Sokongan Warisan semakin suram \u2013 Nizam"},"content":{"rendered":"<p>TAWAU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap Parti Warisan (WARISAN) semakin suram sejak akhir-akhir ini.<\/p>\n<p>Katanya, Presiden WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ketika ini sudah tidak mendapat kepercayaan dan ditolak oleh rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSokongan ahli dan pemimpin WARISAN sendiri juga semakin pudar menyebabkan ramai yang bertindak keluar parti.<\/p>\n<p>\u201cMalah, di kawasan Parlimennya di Semporna juga, ramai ahli dan pemimpin di beberapa cawangan WARISAN sudah mengumumkan menyertai komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, berkata demikian ketika ditemui media dalam program \u2018Mangrove Tree Planting\u2019, di sini hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, kenyataan Shafie yang menafikan tindakan 3,400 pemimpin dan ahli daripada 69 cawangan WARISAN Semporna keluar parti juga hanya mahu menutup kelemahan dirinya sahaja.<\/p>\n<p>\u201cShafie seolah-olah tidak menyedari bahawa WARISAN sememangnya sudah tidak lagi menjadi pilihan rakyat di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cDia (Shafie) sebenarnya tahu, hampir semua kawasan di negeri ini termasuk di Semporna sudah menolak WARISAN dan ingin bersama dengan kerajaan yang ada,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Nizam yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah berkata, dia sendiri sudah berhubung dengan pihak yang menyertai Gagasan Rakyat termasuk bekas Naib Ketua Bahagian WARISAN Semporna.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga difahamkan sebenarnya ahli dan cawangan WARISAN yang ingin menyertai Gagasan Rakyat masih ramai.<\/p>\n<p>\u201cKita dapat lihat semakin hari sokongan WARISAN di Sabah semakin malap disebabkan rakyat sudah mula menyedari hanya kerajaan negeri sekarang dapat membela rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap Parti Warisan (WARISAN) semakin suram sejak akhir-akhir ini. Katanya, Presiden WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ketika ini sudah tidak mendapat kepercayaan dan ditolak oleh rakyat. \u201cSokongan ahli dan pemimpin WARISAN sendiri juga semakin pudar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":19273,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-19272","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19272","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19272"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19272\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19274,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19272\/revisions\/19274"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19273"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19272"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19272"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19272"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}