{"id":19245,"date":"2023-03-20T19:02:41","date_gmt":"2023-03-20T11:02:41","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=19245"},"modified":"2023-03-20T19:02:41","modified_gmt":"2023-03-20T11:02:41","slug":"hari-pertama-sekolah-rendah-advent-tamparuli-dipenuhi-warna-warni-keceriaan-murid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/03\/20\/hari-pertama-sekolah-rendah-advent-tamparuli-dipenuhi-warna-warni-keceriaan-murid\/","title":{"rendered":"Hari pertama Sekolah Rendah Advent Tamparuli dipenuhi warna warni keceriaan murid"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Hari pertama persekolahan sesi 2023\/24 terus diwarnai dengan pelbagai gelagat para murid khususnya kanak-kanak yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan.<\/p>\n<p>Keceriaan itu turut terserlah di Sekolah Rendah Advent Tamparuli (SRAT) yang menyaksikan wajah-wajah manis kanak-kanak cilik kelas Tahun 1 yang hadir penuh semangat.<\/p>\n<p>Tinjauan mendapati, sekolah itu memulakan program seawal jam 7.30 pagi dengan sesi suai kenal antara para guru dan murid bertempat di dewan kanopi terbuka SRAT.<\/p>\n<p>Acara yang melibatkan pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 itu kemudian disusuli dengan taklimat peraturan sekolah.<\/p>\n<p>Bagi pelajar Tahun 1, mereka turut dibawa melawat ke beberapa kawasan tumpuan termasuk bilik guru, tandas, kantin, dan kelas masing-masing.<\/p>\n<p>Bagi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRAT, Salbinous Saribun, beliau menyifatkan acara yang disusun amat bertepatan dalam memastikan murid-murid membiasakan diri dengan suasana alam persekolahan khususnya mereka yang baru berpindah atau memasuki Tahun 1.<\/p>\n<p>\u201cAcara ini merupakan salah satu pengisian daripada penganjuran Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya bagi pihak PIBG SRAT, menyokong penuh agar-agar program ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang.<\/p>\n<p>\u201cIa bukan sahaja menanam minat para murid untuk suka hadir ke sekolah, malah menimbulkan perasaan selesa dan rasa percaya terhadap institusi pendidikan sebagai rumah kedua mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Salbinous berkata, libatsama ibu bapa dalam acara yang diadakan turut mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara para guru, kakitangan sekolah dan sesama ibu bapa.<\/p>\n<p>Beliau berkata, hubungan erat yang terjalin membolehkan proses menuntut ilmu diperingkat usia 7 \u2013 12 tahun itu lebih berkesan dengan tanggungjawab dipikul bersama oleh semua pihak.<\/p>\n<p>\u201cKeakraban ini sudah tentu membolehkan anak-anak lebih terbuka untuk memberi pandangan atau melontar idea, dan berani bertanya dan memohon tunjuk ajar apabila ada sesuatu subjek yang kurang difahami.<\/p>\n<p>\u201cDan akhirnya konsep Malaysia Madani itu sendiri dapat diterap sekali gus dipraktikkan dengan amalan nila-nilai toleransi,  saling hormat-menghormati, dan faham-memahami dalam pergaulan tanpa mengira suku, kaum dan agama,\u201d ujarnya yang turut mempunyai anak di Tahun 1 dan Tahun 5 di SRAT.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Hari pertama persekolahan sesi 2023\/24 terus diwarnai dengan pelbagai gelagat para murid khususnya kanak-kanak yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan. Keceriaan itu turut terserlah di Sekolah Rendah Advent Tamparuli (SRAT) yang menyaksikan wajah-wajah manis kanak-kanak cilik kelas Tahun 1 yang hadir penuh semangat. Tinjauan mendapati, sekolah itu memulakan program seawal jam 7.30 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":19246,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-19245","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19245","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19245"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19245\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19247,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19245\/revisions\/19247"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19246"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19245"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19245"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19245"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}