{"id":19242,"date":"2023-03-20T16:40:48","date_gmt":"2023-03-20T08:40:48","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=19242"},"modified":"2023-03-20T16:40:48","modified_gmt":"2023-03-20T08:40:48","slug":"kemeriahan-pemilihan-bukti-umno-masih-relevan-bung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/03\/20\/kemeriahan-pemilihan-bukti-umno-masih-relevan-bung\/","title":{"rendered":"Kemeriahan pemilihan bukti Umno masih relevan &#8211; Bung"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Jaafar Abdu Wahid<\/p>\n<p>KOTA  KINABALU : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menyifatkan pemilihan UMNO yang berlangsung serentak di seluruh negara Sabtu lepas  sebagai \u2018kemeriahan demokrasi\u2019 apabila ramai yang menawarkan diri bertanding walaupun parti itu dikatakan mengalami kemalapan.<\/p>\n<p>Menurut beliau yang menang tanpa tanding untuk jawatan  Ketua Umno bahagian Kinabatangan, kemeriahan itu cukup menjelaskan yang UMNO masih relevan walaupun tanggapan setengah pihak UMNO khususnya di Sabah akan terkubur ekoran tindakan segelintar pihak yang berkepentingan meninggalkan UMNO dan menyertai parti lain.<\/p>\n<p>\u201cDisebalik pelbagai andaian dan persepsi pihak tertentu yang menganggap UMNO kini memasuki zaman malap, namun ramai yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan kali ini termasuk golongan muda yang sebilanganya telah  dinobatkan sebagai Ketua Bahagian  selepas pemilihan kali ini turut menjelaskan proses meremajakan parti dan penerimaan anak muda kepada UMNO masih relevan,&#8221; katanya ketika ditemui di sini selepas persidangan UMNO bahagian Kinabatangan di Dewan Masyarakat Sandakan baru-baru ini.<\/p>\n<p>Mengulas kejayaan beliau mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO  bagi sesi 2023-2026 pada kedudukan  yang terbaik iaitu di tempat kelima, Bung berkata sokongan serta kepercayaan dari  perwakilan di seluruh negara ianya datang dengan tanggungjawab dan amanah yang tinggi.<\/p>\n<p>Selian Bung, turut mempertahankan jawatan (AMKT)  Ketua Wanita Umno Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Umno Tuaran Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Mohd Raffi Datuk Alli Hassan yang mewakili UMNO  Labuan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Bung turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan bahagian seluruh Malaysia kerana memberikan sokongan serta kepercayaan buat dirinya.<\/p>\n<p>\u201cSetinggi-tinggi penghargaan kepada semua jentera kempen saya serta akar umbi yang telah bekerja keras sehingga mencapai kemenangan ini.<\/p>\n<p>\u201cSesungguhnya jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan amanah yang tinggi bagi membantu dan memimpin parti bersama-sama Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi dan yang paling penting bagi saya yang paling penting membawa suara akar umbi ke peringkat kepimpinan tertinggi ,\u201d katanya<\/p>\n<p>Bung juga meminta ahli-ahli UMNO khsusnya  selepas pemilihan ini agar memberikan keutamaan untuk mengembalikan semula perpaduan dalam parti .<\/p>\n<p>\u201cSegala khilaf semasa kempen pemilihan, mari kita lupakan dan saling maafkan. Era baru dalam UMNO mesti kita mulakan dengan semangat baharu dan iltizam baru  untuk Kembali memperkasakan UMNO ke tempat sewajarnya \u201c katanya<\/p>\n<p>Ketika diajukan soalan tentang beberapa kekecohan berlaku di beberapa bahagian semasa pemilihan kali ini antaranya melibatkan pengurusan pengundian dengan jumlah mengundi melebihi dari daftar kehadiran, ahli yang tidak layak mengundi pergaduhan dan sebagainya Bung berkata UMNO Sabah menerima laporan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKita meminta agar aduan dibuat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat ,pihak mereka akan meneliti setiap aduan yang dikemukanan dan akan menyiasat ,sekiranya berlaku perlanggaran perlembagaan dan peraturan mesyuarat tidak mustahil persidangan akan dibuat semula,&#8221; jelas Bung.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Jaafar Abdu Wahid KOTA KINABALU : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menyifatkan pemilihan UMNO yang berlangsung serentak di seluruh negara Sabtu lepas sebagai \u2018kemeriahan demokrasi\u2019 apabila ramai yang menawarkan diri bertanding walaupun parti itu dikatakan mengalami kemalapan. Menurut beliau yang menang tanpa tanding untuk jawatan Ketua Umno bahagian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":19243,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-19242","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19242","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19242"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19242\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19244,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19242\/revisions\/19244"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19243"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19242"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19242"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19242"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}