{"id":18911,"date":"2023-03-06T12:45:33","date_gmt":"2023-03-06T04:45:33","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=18911"},"modified":"2023-03-06T12:45:33","modified_gmt":"2023-03-06T04:45:33","slug":"smj-rencat-isu-bekalan-air-rasa-masin-penduduk-sandakan-desak-ketua-menteri-campur-tangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/03\/06\/smj-rencat-isu-bekalan-air-rasa-masin-penduduk-sandakan-desak-ketua-menteri-campur-tangan\/","title":{"rendered":"SMJ Rencat &#8211; Isu Bekalan Air Rasa Masin, Penduduk Sandakan Desak Ketua Menteri Campur Tangan"},"content":{"rendered":"<p>SANDAKAN : Majoriti rakyat  di daerah Sandakan mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor campur tangan dalam menangani isu gangguan bekalan air bersih  yang tidak konsisten serta &#8220;rasa masin&#8221; sejak tiga bulan lepas ,sehingga menjejaskan kehidupan harian  penduduk di daerah itu  disamping menimbulkan masalah kesihatan alahan kulit.<\/p>\n<p>Mereka turut melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan sambal lewa pihak kerajaan khususnya Jabatan Air Sabah sehingga Ahli Parlimen Sandakan  Vivian Wong mendesak Pengarah Jabatan Air Sabah meletak jawatan.<\/p>\n<p>Menurut Vivian dalam kenyataannya baru baru ini, beliau telah bertanya dan bertemu berkali-kali dengan pihak  Jabatan Air  bagi mendapatkan penjelasan<\/p>\n<p>\u201cTetapi sudah tiga bulan dan masalah sama masih belum selesai dimana kita juga diberitahu perlu menunggu alat ganti dari luar negara untuk pembaikan.<\/p>\n<p>\u201cSepanjang tempoh ini juga, kita tidak pernah melihat pengarah Jabatan Air Negeri Sabah mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan perkara ini seolah-olah tiada apa yang berlaku.<\/p>\n<p>&#8220;Sikap dan amalan seperti ini benar-benar tidak boleh di terima sama sekali kerana kesihatan rakyat penting dan perlu dijaga sebaiknya\u201d kata Vivian.<\/p>\n<p>Seorang Penduduk di salah sebuah taman perumahan bandar Sandakan  yang terjejas dengan masalah air, Farid Jamal  berkata, masalah itu bukan sekadar seminggu dua tetapi sudah berbulan namun, belum ada tindakan  konkrit dari kerajaan untuk menanganinya.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mengharapkan  kekerapan berapa kali Menteri Kerja Raya sekarang, Pengarah Jabatan Air atau pegawai-pegawainya turun padang mendengar dan memberi taklimat isu ini, tapi yang diharapkan oleh warga Sandakan ialah  tindakan secara tuntas agar masalah ini tidak  berpanjangan,&#8221; katanya ketika ditemui selepas menyertai sekumpulan penduduk yang menyerahkan memorandum bantahan di Jabatan Air Sandakan baru-baru ini.<\/p>\n<p>Turut menyertai kumpulan tersebut ialah wakit rakyat Sungai Manila Mukran Ingkat, wakil rakyat Elpura Callvin Chong dan Wakli Rakyat Gum-Gum Arunasin Taib<\/p>\n<p>Menurut Farid beliau terpaksa membeli air manirel untuk kegunaan memasak yang sudah tentu membeban rakyat yang berpendapatan rendah<\/p>\n<p>Sehubungan dengan itu Farid mahu ,Ketua Menteri melihat isu sebagai isu yang serius dimana tindakan lebih apektif dan tuntas  perlu dilakukan oleh kerajaan secepat mungkin bagi menangani isu yang sudah berpanjangan ini.<\/p>\n<p>\u201c  Kita dicanangkan dibawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) yang menjadi tunjang kerajaan negeri yang memerintah dengan slogan\u201d Sabah Maju Jaya\u201d kita mahu perkara ini bukanlah retorik semata-mata tapi perlu direalisasikan dan sebelum kita bercakap soal gagasan yang lebih besar adalah perlu kerajaan selasaikan terlebih dahulu isu keperluan asas rakyat seperti bekalan air bersih, jalanraya, kesihatan dan Pendidikan kerana ini juga merupakan intipati utama kepada pencapaian gagasan Sabah Maju Jaya yang dilaung-laungkan \u201d tegas Farid<\/p>\n<p>Farid menambah kadang-kadang rakyat  Sabah merasa malu dengan slongan Gagasan Sabah Maju Jaya yang hanya sekadar slongan namun kemajuan yang diharapkan oleh rakyat umpama mimpi dalam mimpi.<\/p>\n<p>\u201c Saya yakin apa bila perkara pokok seperti kemudahan asas rakyat ini dapat disediakan oleh kerajaan sebaik mungkin inilah nilai tambah sebenarnya kepada kemajuan yang diharapkan oleh seluruh rakyat Sabah ,persoalanya bagaimana pemimpin negeri mengambil pendekatan yang lebih efisin dan proaktif berbanding dari hanya banyak bercakap namun gagal melaksanakanya\u201d tambah Farid<\/p>\n<p>Seorang penduduk di Taman Grenview Sandakan yang hanya dikenali sebagai Chan berkata, adalah wajar untuk kerajaan negeri sekarang lebih fokas kepada membangunkan negeri ini  dengan menyediakan  dan melengkapkan kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat seperti bekalan air, jalan raya, kesihatan pendidikan dan kebajikan dari terus bermain politik sehingga menjejaskan tumpuan untuk membangunkan negeri dan  mensejahterakan kehidupan rakyat.<\/p>\n<p>Dalam nada marah Chan menyindir kerajaan negeri terlalu menyimpan impian yang terlalu tinggi  untuk menjayakan agenda Sabah Maju Jaya, bagaimanapun perkara pokok dan  sekecil -kecilnya tidak dapat diselasaikan.<\/p>\n<p>\u201c Kita dengar kita baca soal  kerajaan negeri bercadang membina tapak pelancaran Angksa Lepas di Sabah , sedangkan dibumi kita banyak isu belum selasai kekurangan bekalan air, bekalan elektrik, jalan berlubang dan sebagainya  ,kita dengar  agak melucukan dengan setuasi yang dihadapi oleh rakyat  di negeri ini, upama kata Gunung Kinabalu  pun belum pernah kita  mendaki. Kini kita pula  berkeinginan mendaki gunung Eversit\u201d jelas Chan dalam nada Sainis.<\/p>\n<p>Sehubungan dengan itu Chan senanda dengan Farid agar Ketua Menteri  sendiri melihat isu ini secara serius  dengan mengambil tindakan jangka pandek dan jangka panjang bagi menangani krisis air di negeri ini khususnya  di daerah Sandakan yang merupakan bandar kedua terbesar di negeri ini.<\/p>\n<p>\u201c Jika isu-isu ini tidak ditangani bagaimana pelabur mahu datang melabur di daerah ini dan ini sudah tentu bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan rakyat di daerah ini, tapi akan merancatkan pertumbuhan  ekonomi negeri dan rakyat khususnya di Sandakan\u201d tambah Chan.<\/p>\n<p>Difahamkan Isu air paip terasa masin berpunca pagar sungai (River Gate) di sungai Sagaliud diroskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab menjadi punca paras kemasinan yang luar biasa serta tinggi dalam system bekalan air pengguna harian di Sandakan<\/p>\n<p>Akibat kerosakan itu, ia juga tidak dapat membuang air laut dari sistem bekalan, terutamanya semasa kejadian air pasang besar pada bulan lepas. <\/p>\n<p>Pada masa ini, Jabatan Air mengepam air dari sungai ke empangan bagi mengurangkan tahap kemasinan dalam sistem bekalan air. <\/p>\n<p>Difahamkan, laporan Polis turut telah dibuat selepas mendapati bahawa pagar sungai di Sungai Segaliud didapati telah rosak dan kabelnya juga telah dicuri pada bulan lepas.<\/p>\n<p>Akibat kerosakan itu, ia juga tidak dapat membuang air laut dari sistem bekalan, terutamanya semasa kejadian air pasang besar pada bulan lepas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN : Majoriti rakyat di daerah Sandakan mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor campur tangan dalam menangani isu gangguan bekalan air bersih yang tidak konsisten serta &#8220;rasa masin&#8221; sejak tiga bulan lepas ,sehingga menjejaskan kehidupan harian penduduk di daerah itu disamping menimbulkan masalah kesihatan alahan kulit. Mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18912,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-18911","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18911","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18911"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18911\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18913,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18911\/revisions\/18913"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18912"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18911"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18911"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18911"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}