{"id":18813,"date":"2023-02-28T19:26:59","date_gmt":"2023-02-28T11:26:59","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=18813"},"modified":"2023-02-28T19:26:59","modified_gmt":"2023-02-28T11:26:59","slug":"dua-lagi-batalion-pga-bakal-diwujudkan-di-sabah-ketua-polis-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/02\/28\/dua-lagi-batalion-pga-bakal-diwujudkan-di-sabah-ketua-polis-negara\/","title":{"rendered":"Dua lagi batalion PGA bakal diwujudkan di Sabah &#8211; Ketua Polis Negara"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sebanyak\u00a0dua lagi batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) bakal diwujudkan di Sabah\u00a0iaitu Batalion 21 Keningau dan Batalion 22 Kunak, kata Ketua Polis Negara\u00a0Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.<br \/>\nBeliau berkata penambahan dua batalion itu,\u00a0menjadikan Sabah bakal mempunyai tujuh batalion PGA secara keseluruhan dengan lima sedia ada iaitu Batalion 14 Tawau, Batalion 15 Sandakan, Batalion 16 Kinarut, Batalion 17 Lahad Datu dan Batalion 20 Beluran.<br \/>\nBeliau berkata demi memperkukuh serta memperketatkan lagi kawalan di sempadan negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang giat membangunkan satu lagi pos baharu PGA iaitu Pos Pangalungan di Nabawan.<br \/>\n\u201cSaya yakin, dengan adanya penambahan pos dan batalion berkenaan, akan dapat mempertingkatkan lagi mutu kawalan keselamatan terutamanya di kawasan sempadan, bagi mengekang kemasukan Pendatang Tanpa Izin, selain turut menghalang jenayah rentas sempadan,\u201d katanya di sini hari ini.<br \/>\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini yang disempurnakan\u00a0Yang Dipertua Negeri Sabah\u00a0Tun Juhar Mahiruddin dan turut hadir\u00a0Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, serta Ketua Menteri\u00a0Datuk Seri Hajiji Noor.<br \/>\nMengulas mengenai IPK Sabah\u00a0berkenaan, Acryl Sani berkata\u00a0projek pembangunan Pentadbiran Blok A dan Blok B IPK Sabah, melibatkan\u00a0kos RM90.3 juta.<br \/>\n\u201cMengimbau kembali sejarah pembinaan IPK ini, ia mula dilaksanakan oleh pemaju yang dilantik iaitu syarikat Pembinaan BLT Sdn Bhd pada 16 Julai 2007 dan siap sepenuhnya pada tanggal 16 Jan 2013.<br \/>\n\u201cPada tanggal 13 Julai 2013, kompleks ini telah beroperasi sepenuhnya. Selain Bangunan Pentadbiran Blok A dan B, kompleks IPK baharu ini turut dilengkapi dengan Lokap Berpusat, Bengkel Komunikasi, Balai Pengawal, 17 Unit Kuarters Kelas C dan 60 Unit Kuarters Kelas D,\u201d katanya.<br \/>\nBeliau percaya warga IPK Sabah mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin, serta mengingatkan kepada warga itu\u00a0untuk mempertingkat profesionalisme serta usaha\u00a0demi meletakkan PDRM di mercu kecemerlangan.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sebanyak\u00a0dua lagi batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) bakal diwujudkan di Sabah\u00a0iaitu Batalion 21 Keningau dan Batalion 22 Kunak, kata Ketua Polis Negara\u00a0Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Beliau berkata penambahan dua batalion itu,\u00a0menjadikan Sabah bakal mempunyai tujuh batalion PGA secara keseluruhan dengan lima sedia ada iaitu Batalion 14 Tawau, Batalion 15 Sandakan, Batalion [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18814,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-18813","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18813","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18813"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18813\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18815,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18813\/revisions\/18815"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18814"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18813"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18813"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18813"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}