{"id":18699,"date":"2023-02-23T15:53:44","date_gmt":"2023-02-23T07:53:44","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=18699"},"modified":"2023-02-23T15:53:44","modified_gmt":"2023-02-23T07:53:44","slug":"pusat-minda-lestari-ums-raikan-28-graduan-cilik-tamat-prasekolah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/02\/23\/pusat-minda-lestari-ums-raikan-28-graduan-cilik-tamat-prasekolah\/","title":{"rendered":"Pusat Minda Lestari UMS Raikan 28 Graduan Cilik Tamat Prasekolah"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seramai 28 murid Pusat Minda Lestari (PML), Universiti Malaysia Sabah (UMS) diraikan dalam Majlis Graduasi sesi 2022 kali ke-12, di sini, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Bertemakan \u201cCita-cita Impian Saya\u201d (My Dream Ambition), pemilihan tema tersebut antara lain bertujuan memberi pendedahan tentang cita-cita dan hala tuju yang boleh diimpikan para murid pada masa hadapan.<\/p>\n<p>Majlis perasmiannya disempurnakan Pengarah PML, Dr. Suwaibah Zakaria di Mini Auditorium Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS.<\/p>\n<p>Berucap pada majlis itu Dr. Suwaibah berkata, majlis graduasi merupakan program gilang-gemilang yang menjadi acara tahunan PML bagi meraikan murid yang tamat pengajian prasekolah.<\/p>\n<p>\u201cIa merupakan salah satu acara penting yang mewarnai takwim aktiviti PML di samping aktiviti-aktiviti lain seperti sukaneka, sambutan Hari Malaysia, Hari Kanak-kanak dan Guru (HAKAGU) dan sebagainya.<\/p>\n<p>\u201cYang menariknya, persiapan pentas dan persembahan para murid juga adalah mengikut tema yang dipilih pada majlis graduasi kali ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pusat jagaan dan didikan awal kanak-kanak merupakan satu keperluan utama bagi para ibu bapa yang bekerja.<\/p>\n<p>\u201cIbu bapa akan lebih produktif dalam pekerjaan apabila keperluan penjagaan dan pendidikan awal anak-anak mereka terjamin.<\/p>\n<p>\u201cInilah tugas yang perlu dipikul PML iaitu menyediakan perkhidmatan terbaik khususnya kepada kakitangan UMS yang mempunyai anak di peringkat awal usia,\u201d tambah Dr. Suwaibah.  <\/p>\n<p>Ujar beliau, jika sebelum ini ada antara murid kurang berkeyakinan, kini setelah berada di PML terdapat perubahan sikap yang positif dalam kalangan mereka.<\/p>\n<p>\u201cPengajaran dan pembelajaran yang diterapkan di PML berorientasikan pembinaan self-esteem atau keyakinan diri.<\/p>\n<p>\u201cSemangat kerjasama dalam kalangan mereka turut dipupuk sejak bermula hari pertama melangkah ke dalam kelas.<\/p>\n<p>\u201cHasilnya seperti yang kita lihat pada majlis graduasi ini, ramai murid berjaya menyertai pelbagai acara yang diadakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hadir sama Guru Besar PML, Zaleha Abdul Ghani; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) PML, Dr. Saifulazry Mokhtar; dan Setiausaha PIBG PML, Dr. Lailawati Madlan @ Endalan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seramai 28 murid Pusat Minda Lestari (PML), Universiti Malaysia Sabah (UMS) diraikan dalam Majlis Graduasi sesi 2022 kali ke-12, di sini, baru-baru ini. Bertemakan \u201cCita-cita Impian Saya\u201d (My Dream Ambition), pemilihan tema tersebut antara lain bertujuan memberi pendedahan tentang cita-cita dan hala tuju yang boleh diimpikan para murid pada masa hadapan. Majlis perasmiannya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18700,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-18699","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18699","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18699"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18699\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18701,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18699\/revisions\/18701"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18700"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18699"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18699"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18699"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}