{"id":18674,"date":"2023-02-22T13:44:09","date_gmt":"2023-02-22T05:44:09","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=18674"},"modified":"2023-02-22T13:44:09","modified_gmt":"2023-02-22T05:44:09","slug":"lss-diseru-sediakan-khidmat-terbaik-kepada-pengguna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/02\/22\/lss-diseru-sediakan-khidmat-terbaik-kepada-pengguna\/","title":{"rendered":"LSS diseru sediakan khidmat terbaik kepada pengguna"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Lembaga Sukan Sabah )LDS) diseru memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna kemudahan sukan di pusat-pusat sukan dan kompleks sukan.<\/p>\n<p>Menteri Belia  dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin membuat gesaan itu ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan Hari Natal Lembaga Sukan Sabah di SICC dekat sini.<\/p>\n<p>\u2018Kita kena melihat semula dan mematuhi Standard Of Procedure (SOP) yang telah disediakan oleh pihak pengurusan, ini penting bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku,  lebih-lebih lagi sekiranya ia menimpa kepada  pengguna yang menggunakan  kemudahan dan peralatan kita,&#8221; kata Ellron. <\/p>\n<p>Selain itu, beliau turut menekankan pentingnya pihak pengurusan untuk mendengar keluhan dan aduan daripada para pengguna bagi memastikan perkhidmatan dapat ditambah baik. <\/p>\n<p>\u201cSelaku kakitangan kita perlulah menyedari akan pentingnya aduan daripada orang awam, kerana itulah cara kita bertindak dalam memastikan sistem perkhidmatan kita lebih cekap, teratur dan selamat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pematuhan SOP, penyediaan peralatan dan kemudahan yang selamat serta penerimaan aduan orang awam secara terbuka adalah wajar dan merupakan keutamaan terpenting sebagai seorang kakitangan dan ini akan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kemudahan dan pusat sukan yang ditawarkan oleh LSS, katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Ellron menghargai semua pencapaian yang dilakar oleh LSS dan  yakin keberkesanan kerja secara berpasukan yang menurutnya membolehkan semua tugasan dan peranan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan efisien.<\/p>\n<p>Beliau berharap sokongan padu di kalangan semua agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah dapat diteruskan bagi menjadikan negeri ini lebih maju dan membangun. <\/p>\n<p>Ini sejjajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dalam memastikan pembangunan dan kemajuan, terutama dalam konteks memperkasakan belia dan sukan di Sabah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Lembaga Sukan Sabah )LDS) diseru memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna kemudahan sukan di pusat-pusat sukan dan kompleks sukan. Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin membuat gesaan itu ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan Hari Natal Lembaga Sukan Sabah di SICC dekat sini. \u2018Kita kena melihat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18675,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[34],"tags":[],"class_list":{"0":"post-18674","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-sukan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18674","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18674"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18674\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18676,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18674\/revisions\/18676"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18675"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18674"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18674"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18674"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}