{"id":18358,"date":"2023-02-06T20:06:46","date_gmt":"2023-02-06T12:06:46","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=18358"},"modified":"2023-02-06T20:06:46","modified_gmt":"2023-02-06T12:06:46","slug":"tiga-adun-warisan-umum-keluar-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/02\/06\/tiga-adun-warisan-umum-keluar-parti\/","title":{"rendered":"Tiga ADUN Warisan umum keluar parti"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Tiga Ahli Dewan Undangan (ADUN) daripada Parti Warisan (Warisan) iaitu\u00a0ADUN Kunak Norazlinah Arif, Mohammad Mohamarin (Banggi), dan Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) mengumumkan keluar parti hari ini.<br \/>\nNorazlinah juga merupakan Ketua Wanita Warisan, manakala\u00a0Mohammad\u00a0dan Chong masing-masing adalah Ahli Majlis Tertinggi parti itu dalam kenyataan bersama hari ini berkata mereka kekal sebagai ADUN Bebas dan menyokong Kerajaan Sabah, di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.<br \/>\nMereka menjelaskan tindakan itu dilakukan setelah memperhalusi dan mempertimbangkan pelbagai aspek dari segenap sudut termasuklah hala tuju gabungan parti di Sabah dan pandangan akar umbi di kawasan yang mereka wakili.<br \/>\nKami berpandangan bahawa sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan kerana ia memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.<br \/>\n\u201cKami akan bekerja bersama-sama Ketua Menteri (Hajiji) dan kerajaan negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan negeri dan peningkatan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya,\u201d menurut kenyataan itu.<br \/>\nKetiga-tiga ADUN berkenaan juga mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk di peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi.<br \/>\nTindakan tiga ADUN itu menyebabkan Warisan kini mempunyai 16\u00a0ADUN di Sabah, serta satu di Selangor manakala Kerajaan Sabah pimpinan Hajiji pada masa ini mendapat sokongan majoriti 47 ADUN.<br \/>\nTiga ADUN berkenaan juga berharap tindakan itu dapat membantu mereka meneruskan khidmat lebih baik kepada masyarakat yang diwakili.<br \/>\nMereka juga mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakan seperjuangan dan penyokong parti.<br \/>\n\u201cKami juga bertekad untuk terus memberi tumpuan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat di kawasan kami khasnya dan Sabah serta Malaysia amnya,\u201d menurut kenyataan itu.<br \/>\nBernama sudah cuba menghubungi ketiga-tiga ADUN itu untuk mendapatkan komen lanjut, namun tidak berjaya.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Tiga Ahli Dewan Undangan (ADUN) daripada Parti Warisan (Warisan) iaitu\u00a0ADUN Kunak Norazlinah Arif, Mohammad Mohamarin (Banggi), dan Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) mengumumkan keluar parti hari ini. Norazlinah juga merupakan Ketua Wanita Warisan, manakala\u00a0Mohammad\u00a0dan Chong masing-masing adalah Ahli Majlis Tertinggi parti itu dalam kenyataan bersama hari ini berkata mereka kekal sebagai ADUN Bebas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18359,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-18358","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18358","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18358"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18358\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18360,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18358\/revisions\/18360"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18359"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18358"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18358"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18358"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}