{"id":18349,"date":"2023-02-06T07:25:26","date_gmt":"2023-02-05T23:25:26","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=18349"},"modified":"2023-02-06T07:25:26","modified_gmt":"2023-02-05T23:25:26","slug":"wanita-disaran-laku-pemeriksaan-awal-payudara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/02\/06\/wanita-disaran-laku-pemeriksaan-awal-payudara\/","title":{"rendered":"Wanita disaran laku pemeriksaan awal payudara"},"content":{"rendered":"\n<p>PUTATAN: Golongan wanita diminta menjadikan pemeriksaan kesihatan sebagai amalan baharu bagi meningkatkan kualiti\u00a0dan kesejahteraan hidup.<\/p>\n<p>Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata, golongan wanita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan\u00a0secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membolehkan perkembangan\u00a0kesihatan\u00a0mereka dipantau.<\/p>\n<p>Menurut beliau, golongan wanita perlu menjaga kesihatan dari awal termasuk melakukan pemeriksaan payudara bagi mengekang kelewatan aspek perawatan.<\/p>\n<p>Jelasnya, kanser\u00a0payudara tidak boleh dipandang remeh kerana penyakit itu merupakan pembunuh utama wanita dengan risiko lima kali ganda kepada wanita yang mempunyai sejarah iaitu ibu atau adik beradik perempuan sebagai penghidap\u00a0kanser\u00a0payudara.<\/p>\n<p>&#8220;Melalui pemeriksaan berkala, seseorang wanita itu bukan sahaja dapat mengesan lebih awal sebarang kemungkinan kanser malah mendapatkan rawatan awal yang amat penting dalam menyelamatkan nyawa mereka,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bengkel Pemantapan Pentadbiran anjuran Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah di Platinum Hotel Putatan baru-baru ini.<\/p>\n<p>Bengkel dua hari itu dihadiri 14 orang peserta.<\/p>\n<p>Hadir sama Presiden Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah, Lawrence Libur Imui, Pengerusi Penganjur Tinah Norjana serta 17 orang penyelaras daripada seluruh Sabah.<\/p>\n<p>Beliau berkata, golongan paling tinggi berisiko menghidap penyakit ini adalah kumpulan umur 40 hingga 49 tahun dan 50 hingga 59 tahun.<\/p>\n<p>Katanya, sikap tidak ambil tahu, pengetahuan yang cetek mengenai\u00a0kanser\u00a0serta lewat mendapatkan rawatan menjadi punca kepada peningkatan kadar kematian dalam kalangan wanita di negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cKanser\u00a0menjadi punca utama kematian dan kecacatan yang memberi kesan kepada lebih daripada 14 juta orang setiap tahun dan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan kira-kira 100 ribu rakyat menderita kerana\u00a0kanser,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Redonah berharap\u00a0setiap anggota masyarakat dan agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu Kementerian Kesihatan dengan menganjurkan kempen kesedaran mencegah\u00a0kanser\u00a0payudara.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, amat penting bagi kaum wanita mengawasi kesihatan diri dengan menjalani pelbagai jenis pemeriksaan kesihatan, bukan sahaja untuk diri\u00a0 sendiri tetapi juga keluarga.<\/p>\n<p>Jelasnya adalah amatlah malang kealpaan kaum wanita dalam menjaga kesihatan ini, akan berakhir dengan tragedi yang paling buruk.<\/p>\n<p>Perubahan cara hidup dan persekitaran yang dialami masyarakat negara ini di samping bertambahnya bilangan penduduk yang telah lanjut usia dikatakan adalah antara penyebab utama peningkatan penyakit\u00a0kanser\u00a0dan ini termasuk\u00a0kanser\u00a0pangkal rahim ini, katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTATAN: Golongan wanita diminta menjadikan pemeriksaan kesihatan sebagai amalan baharu bagi meningkatkan kualiti\u00a0dan kesejahteraan hidup. Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata, golongan wanita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan\u00a0secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membolehkan perkembangan\u00a0kesihatan\u00a0mereka dipantau. Menurut beliau, golongan wanita perlu menjaga kesihatan dari awal termasuk melakukan pemeriksaan payudara bagi mengekang kelewatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18350,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-18349","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18349","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18349"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18349\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18351,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18349\/revisions\/18351"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18350"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18349"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18349"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18349"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}