{"id":18294,"date":"2023-02-02T12:45:49","date_gmt":"2023-02-02T04:45:49","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=18294"},"modified":"2023-02-02T12:45:49","modified_gmt":"2023-02-02T04:45:49","slug":"ewon-pengerusikan-mesyuarat-khas-selesai-pemilikan-tanah-dan-warta-kampung-di-tiga-kampung-di-penampang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/02\/02\/ewon-pengerusikan-mesyuarat-khas-selesai-pemilikan-tanah-dan-warta-kampung-di-tiga-kampung-di-penampang\/","title":{"rendered":"Ewon pengerusikan mesyuarat khas selesai pemilikan tanah dan warta kampung di tiga kampung di Penampang"},"content":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mempengerusikan mesyuarat khas untuk menyelesaikan pemilikan tanah dan warta kampung di tiga kampung di sini.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, kawasan itu melibatkan Kg.Sugud, Kg.Togudon dan Kg.Babagon.<\/p>\n<p>\u201cPenduduk Kg.Sugud dan Kg.Babagon memohon supaya Tanah Rezab Padang Ragut di kampung itu ditukar kepada rezab tanah kampung.<\/p>\n<p>\u201cManakala penduduk Kg.Togudon pula memohon supaya isu pemilikan geran tanah dapat diselesaikan,\u201d katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas itu, di Pejabat Daerah Penampang, di sini, pada Rabu.<\/p>\n<p>Turut hadir Pegawai Daerah Penampang Francis Chong, pegawai-pegawai Jabatan Tanah dan Ukur, Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Air, Jabatan Pertanian dan Ketua-Ketua kampung berkenaan.<\/p>\n<p>Ewon berkata, beliau telah menulis surat kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Haji Noor pada Disember lalu memohon kelulusan penyukatan tanah melalui Program PANTAS di Kg.Togudon dan maklum balas yang diterima adalah positif.<\/p>\n<p>\u201cNota Ketua Menteri kepada Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah menyatakan tiada halangan untuk penyukatan tanah melalui Program PANTAS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengenai isu tanah di Kg.Sugud pula, beliau berkata, isu itu telah dibangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada November 2022.<\/p>\n<p>\u201cPada persidangan DUN lalu, saya telah mencadangkan supaya rezab padang ragut di Kg.Sugud ditukar kepada razab tanah kampung, kerana ini adalah permintaan penduduk kampung yang mempunyai rezab padang ragut tetapi kini tidak lagi digunakan.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan jawapan lisan yang saya terima, penukaran rezab padang ragut kepada rezab tanah kampung boleh dipohon dengan menulis surat kepada Setiausaha kerajaan Negeri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ewon berkata, penduduk Kg.Babagon juga meminta supaya rezab padang ragut di kampung itu ditukar kepada tanah kampung kerana tiada lagi penduduk yang mengusahakan ternakan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mempengerusikan mesyuarat khas untuk menyelesaikan pemilikan tanah dan warta kampung di tiga kampung di sini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, kawasan itu melibatkan Kg.Sugud, Kg.Togudon dan Kg.Babagon. \u201cPenduduk Kg.Sugud dan Kg.Babagon memohon supaya Tanah Rezab Padang Ragut di kampung itu ditukar kepada rezab tanah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18295,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-18294","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18294","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18294"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18294\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18296,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18294\/revisions\/18296"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18295"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18294"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18294"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18294"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}