{"id":18189,"date":"2023-01-28T07:19:50","date_gmt":"2023-01-27T23:19:50","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=18189"},"modified":"2023-01-28T07:19:50","modified_gmt":"2023-01-27T23:19:50","slug":"aaron-chia-wooi-yik-tumpas-di-tangan-gandingan-bukan-pilihan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/01\/28\/aaron-chia-wooi-yik-tumpas-di-tangan-gandingan-bukan-pilihan\/","title":{"rendered":"Aaron Chia-Wooi Yik tumpas di tangan gandingan bukan pilihan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Jaguh beregu lelaki negara\u00a0Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dilihat beraksi di bawah tahap sebenar, ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan bukan pilihan dari China\u00a0pada aksi suku akhir\u00a0kejohanan badminton Masters Indonesia di Jakarta, hari ini.<br \/>\nPada pertemuan menentang\u00a0gandingan\u00a0He\u00a0Ji Ting-Zhou Hao Dong yang berlangsung di venue ikonik, Istora Senayan, Aaron-Wooi Yik yang merupakan juara dunia 2022 bermula baik\u00a0apabila mendahului 11-8 pada pertengahan permainan set pertama, namun hilang rentak sehingga dipintas dan kecundang 17-21.<br \/>\nPersembahan longlai pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan keempat terserlah pada set kedua, selepas\u00a0ketinggalan 4-12 sebelum membenarkan pihak lawan mengutip mata dengan mudah untuk menoktahkan kemenangan 21-10.<br \/>\nGandingan ranking ke-21 dunia dari China itu, mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dalam tempoh 38 minit untuk bertemu sama ada rakan senegara\u00a0Liu Ye Chen-Ou Xuan Yi atau\u00a0gandingan tuan rumah yang juga pilihan pertama\u00a0Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.<br \/>\nIa kekalahan memeritkan buat Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking nombor dua dunia, selepas mereka turut kempunan merangkul gelaran sulung\u00a0Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia\u00a0(BWF) pada Terbuka India apabila tewas di final,\u00a0Ahad lepas.<br \/>\nDalam pada itu, beregu wanita nombor satu negara dan juara Terbuka Perancis 2022, Pearly Tan-M.Thinaah mengubati kekecewaan kem Malaysia apabila menjadi wakil pertama melangkah ke\u00a0peringkat separuh akhir kejohanan berstatus Super 500 itu.<br \/>\nPada aksi suku akhir,\u00a0Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan keenam beraksi dengan cemerlang untuk melakar kemenangan bergaya\u00a021-10, 21-12\u00a0dalam tempoh 37 minit ke atas pasangan bukan pilihan dari China Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan.<br \/>\nMenanti pasangan ranking keenam dunia itu di\u00a0pusingan seterusnya ialah antara gandingan India Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa dan wakil Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota yang bakal berentap pada satu lagi perlawanan suku akhir.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Jaguh beregu lelaki negara\u00a0Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dilihat beraksi di bawah tahap sebenar, ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan bukan pilihan dari China\u00a0pada aksi suku akhir\u00a0kejohanan badminton Masters Indonesia di Jakarta, hari ini. Pada pertemuan menentang\u00a0gandingan\u00a0He\u00a0Ji Ting-Zhou Hao Dong yang berlangsung di venue ikonik, Istora Senayan, Aaron-Wooi Yik yang merupakan juara dunia 2022 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18175,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[34],"tags":[],"class_list":{"0":"post-18189","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-sukan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18189","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18189"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18189\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18190,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18189\/revisions\/18190"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18175"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18189"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18189"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18189"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}