{"id":18028,"date":"2023-01-20T12:31:39","date_gmt":"2023-01-20T04:31:39","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=18028"},"modified":"2023-01-20T12:31:39","modified_gmt":"2023-01-20T04:31:39","slug":"50-mahasiswa-fpp-ums-sertai-program-csr-di-pusat-tuisyen-raisul","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/01\/20\/50-mahasiswa-fpp-ums-sertai-program-csr-di-pusat-tuisyen-raisul\/","title":{"rendered":"50 mahasiswa FPP UMS sertai program CSR di Pusat Tuisyen Raisul"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU:Seramai 50 mahasiswa Kursus Pendidikan dengan TESL, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai Program Khidmat Masyarakat (CSR) di Pusat Tuisyen Raisul, Kalasanan Inanam, di sini, baru-baru ini. <\/p>\n<p>Ia antara lain bertujuan untuk membantu dan memberi manfaat kepada para pelajar di pusat pembelajaran alternatif tersebut. <\/p>\n<p>Selain itu, pelaksanaan program CSR berkenaan juga bagi meningkatkan kesedaran tentang keadaan di Pusat Tuisyen Raisul sekali gus memberi peluang untuk mendidik pelajar-pelajar dengan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. <\/p>\n<p>Antara aktiviti yang diadakan termasuklah sesi pengenalan \u201cIce Breaking: Who Am I?\u201d, aktiviti \u201cWhere Shall I go?\u201d dan \u201cCharade\u201d\u00a0 yang kemudiannya diakhiri dengan aktiviti utama iaitu membaca bersama para pelajar di pusat tuisyen itu. <\/p>\n<p>Program sehari ini turut diiringi empat pensyarah iaitu Ketua Program Pendidikan dengan TESL, Dr. Wirawati Ngui dan Profesor Madya Dr. Suyansah Swanto, Dr. Asmaa Al-Saqqaf serta Dr. Noraini Said. <\/p>\n<p>Menurut refleksi peserta CSR, program itu dilaksanakan dengan jayanya sekali gus memberikan impak yang positif kepada semua mahasiswa terlibat. <\/p>\n<p>Menurut Pengarah Program CSR berkenaan, Michelle Anne Tai, program ini amat membantu dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan para peserta. <\/p>\n<p>&#8220;Sebagai guru pelatih, projek CSR ini telah memberikan kami pendedahan yang cukup baik kepada keadaan sebenar yang dihadapi oleh guru semasa mengajar dalam bilik darjah. <\/p>\n<p>&#8220;Antara pengetahuan dan pengalaman baharu yang diperoleh melalui program ini adalah merangkumi proses penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) yang efektif dan sesuai dengan tahap pembelajaran murid-murid di Pusat Tuisyen Raisul. <\/p>\n<p>\u201cSaya amat bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk mengarah program ini serta berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini,&#8221; katanya. <\/p>\n<p>Jasde\u2019neesha pula berpendapat bahawa, aktiviti CSR amat menyeronokkan dan sememangnya memberikan peluang kepada semua untuk menjadi lebih berani dan bersedia untuk proses pengajaran dan pemudahcaraan pada masa hadapan. <\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, aktiviti ini telah membuka mata saya sebagai seorang pelajar apabila melihat murid-murid Pusat Tuisyen Raisul berkeinginan besar untuk menimba ilmu. <\/p>\n<p>&#8220;Harapan saya adalah untuk dapat\u00a0 melibatkan diri lagi dalam aktiviti-aktiviti seperti ini pada masa akan datang,\u201d katanya yang juga ketua aktiviti bagi program membaca bersama murid. <\/p>\n<p>Seorang lagi peserta, Lee Mei Jin memberitahu, sepanjang program sesi pengenalan diri dijalankan, mereka berasa amat gembira dan berasa dekat dengan murid-murid atas respon yang aktif dan meriah. <\/p>\n<p>&#8220;Program ini mungkin tidak akan berjalan dengan lancar tanpa bantuan kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat khususnya para guru Pusat Tuisyen Raisul. <\/p>\n<p>&#8220;Kami amat bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk menyertai program seperti ini dan kami berharap untuk menyertai lebih banyak program CSR pada masa hadapan,&#8221; katanya yang juga ketua aktiviti Ice Breaking: Who Am I? <\/p>\n<p>Ketua aktiviti Charades Aida Sakinah pula memaklumkan, pengalaman mengajar murid-murid di Pusat Tuisyen Raisul agak menyeronokkan kerana mereka amat aktif terutamanya dalam aktiviti itu yang mana mereka perlu meneka beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris berdasarkan gambar yang ditunjukkan. <\/p>\n<p>&#8220;Walau bagaimanapun, kami mendapati bahawa tidak semua kanak-kanak mempunyai peluang yang sama dalam pelajaran. <\/p>\n<p>&#8220;Oleh itu saya berpendapat bahawa program seperti ini haruslah diperbanyak untuk membantu mereka yang berkeperluan,&#8221; jelasnya. <\/p>\n<p>Bagi Siti Nur Asyiqin, beliau berbesar hati dapat melibatkan diri dalam program ini. <\/p>\n<p>&#8220;Ini merupakan kali pertama saya mengajar pelajar secara nyata yang mana sebelum ini kami hanya melakukan simulasi di dalam kelas. <\/p>\n<p>&#8220;Maka, pengalaman peserta berkomunikasi dengan pelajar di Pusat Tuisyen Raisul menjadi sebuah pengalaman yang berharga bagi saya,&#8221; ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU:Seramai 50 mahasiswa Kursus Pendidikan dengan TESL, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai Program Khidmat Masyarakat (CSR) di Pusat Tuisyen Raisul, Kalasanan Inanam, di sini, baru-baru ini. Ia antara lain bertujuan untuk membantu dan memberi manfaat kepada para pelajar di pusat pembelajaran alternatif tersebut. Selain itu, pelaksanaan program CSR berkenaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18029,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-18028","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18028","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18028"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18028\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18030,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18028\/revisions\/18030"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18029"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18028"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18028"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18028"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}