{"id":18010,"date":"2023-01-19T20:04:32","date_gmt":"2023-01-19T12:04:32","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=18010"},"modified":"2023-01-19T20:04:32","modified_gmt":"2023-01-19T12:04:32","slug":"sesb-laksana-kajian-semula-deposit-pengguna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/01\/19\/sesb-laksana-kajian-semula-deposit-pengguna\/","title":{"rendered":"SESB Laksana Kajian Semula Deposit Pengguna"},"content":{"rendered":"<p>KOTA  KINABALU:  Sabah  Electricity  Sdn  Bhd  (SESB)  akan  melaksanakan  kajian semula ke atas deposit pengguna bermula pada 1 Feb, 2023 bagi memastikan kadar adalah mengikut penggunaan elektrik semasa. <\/p>\n<p>Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata kajian tersebut perlu  dilaksanakan mengikut  peraturan  yang termaktub  dalam Akta  Bekalan  Elektrik 1990. <\/p>\n<p>&#8220;Pelaksanaan  kajian  deposit  pengguna  dilakukan  setiap  enam  bulan  dan  keperluan ulangkaji ini adalah untuk memastikan semua pelanggan SESB dikenakan deposit atau wang cagaran  berdasarkan penggunaan  elektrik masing-masing,&#8221; katanya  dalam  satu kenyataan media. <\/p>\n<p>Beliau berkata seramai 80,163 pengguna berdaftar akan terlibat dengan kajian semula deposit mereka. <\/p>\n<p>Menurut  beliau,  sekiranya purata  dua bulan  bil  elektrik lebih  daripada  wang  cagaran sedia  ada,  pelanggan  akan  diminta  oleh  SESB  untuk  membayar  wang  cagaran tambahan  dan  jumlah  tambahan  adalah  bergantung  kepada  penggunaan  elektrik masing-masing. <\/p>\n<p>Cagaran\/deposit  adalah  merupakan  jaminan  ke  atas  apa-apa  liabiliti  (sekiranya  ada) atau hutang bil tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak. <\/p>\n<p>Pengiraan amaun cagaran dibuat secara automatik melalui sistem pembilan. <\/p>\n<p>SESB memaklumkan semua pelanggan berdaftar SESB perlu menjelaskan deposit berdasarkan  anggaran  dua  bulan  penggunaan  elektrik  dan  ia  bukan suatu  caj tambahan atau tersembunyi.<\/p>\n<p>Walaubagaimanapun  jika penggunaan menurun  dan jumlah cagaran melebihi dua bulan purata penggunaan, maka pengguna mempunyai pilihan untuk  mendapatkan semula baki lebihan cagaran dengan membuat permohonan kepada SESB. Wang cagaran adalah merupakan hak milik pelanggan yang akan dipulangkan kembali apabila akaun ditutup atau apabila pelanggan membuat pertukaran akaun. <\/p>\n<p>Sekiranya  pelanggan  berdaftar    meninggal  dunia,  waris  terdekat  pelanggan  boleh menuntut  bayaran  balik  wang  cagaran  dengan  memajukan  borang  bon  lepasan tanggungan atau surat mahkamah beserta sijil kematian pelanggan yang berdaftar di Pejabat SESB di alamat yang tertera di muka hadapan bil. <\/p>\n<p>Pelanggan SESB boleh melayari laman sesawang SESB di alamat www.sesb.com.my sekiranya  ingin  mengetahui  dengan  lebih  lanjut  berkenaan  wang  cagaran  atau menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000  atau melalui  aplikasi Whatsapp  di talian 019- 852 5427<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan kajian semula ke atas deposit pengguna bermula pada 1 Feb, 2023 bagi memastikan kadar adalah mengikut penggunaan elektrik semasa. Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata kajian tersebut perlu dilaksanakan mengikut peraturan yang termaktub dalam Akta Bekalan Elektrik 1990. &#8220;Pelaksanaan kajian deposit pengguna [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":17898,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-18010","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18010","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18010"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18010\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18011,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18010\/revisions\/18011"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17898"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18010"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18010"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18010"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}