{"id":17528,"date":"2022-12-20T08:51:08","date_gmt":"2022-12-20T00:51:08","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=17528"},"modified":"2022-12-20T08:51:08","modified_gmt":"2022-12-20T00:51:08","slug":"nota-arwah-ayah-bakar-semangat-graduan-tamatkan-pengajian-dengan-cemerlang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/12\/20\/nota-arwah-ayah-bakar-semangat-graduan-tamatkan-pengajian-dengan-cemerlang\/","title":{"rendered":"Nota arwah ayah bakar semangat graduan tamatkan pengajian dengan cemerlang"},"content":{"rendered":"<p> Oleh: Nur Faezah Roslan (Pelajar Komunikasi FSSK)<\/p>\n<p>KOTA KINABALU: Peninggalan nota arwah ayah menjadi pembakar semangat seorang graduan UMS meneruskan pembelajaran sehingga menjadi penerima anugerah Hadiah Zainal Abidin Bador pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-24.<br \/>\nNur Faizzatul Akma Mas\u2019ud, 25, menjumpai nota itu yang tertulis \u201cIf you don\u2019t fight for what you want, don\u2019t cry for what u lost\u201d semasa mengemas kabinet ubat ayahnya.<br \/>\n\u201cSelepas membaca nota itu, saya semakin berazam untuk tekun belajar walaupun kehilangan harapan seketika kerana pemergian ayah tercinta.<br \/>\n\u201cSaya menjumpai nota itu pada bulan Mac 2020 selepas lima bulan pemergian arwah ayah,\u201d ujarnya dalam nada sebak.<br \/>\nBeliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Konvokesyen UMS yang berlangsung di Dewan Canselor.<br \/>\nBerkongsi lanjut, Faizzatul memaklumkan arwah ayahnya didiagnosis menghidap jangkitan kuman tanah pada tahun 2007, dan hanya bergantung kepada antibiotik dan menjalani rawatan di hospital setiap tahun.<br \/>\n\u201cSelepas seminggu arwah diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), arwah menunjukkan kesan positif untuk pulih dan dipindahkan ke wad biasa.<br \/>\n\u201cSaya pulang semula ke Sabah untuk menjawab ujian di UMS, namun semasa menjawab ujian, saya mendapat panggilan bahawa arwah masuk semula ke wad kecemasan dan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh doktor,\u201d ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.<br \/>\nBeliau yang sangat rapat dengan ayahnya walau bagaimanapun redha dengan pemergian arwah.<br \/>\n\u201cSaya bersyukur sempat melihat arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan selepas membuat permintaan kepada ahli keluarga untuk menunggu saya balik,\u201d katanya.<br \/>\nFaizzatul yang berasal dari Kuantan Pahang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi) dengan mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.83.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Faezah Roslan (Pelajar Komunikasi FSSK) KOTA KINABALU: Peninggalan nota arwah ayah menjadi pembakar semangat seorang graduan UMS meneruskan pembelajaran sehingga menjadi penerima anugerah Hadiah Zainal Abidin Bador pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-24. Nur Faizzatul Akma Mas\u2019ud, 25, menjumpai nota itu yang tertulis \u201cIf you don\u2019t fight for what you [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":17529,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-17528","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17528","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17528"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17528\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17530,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17528\/revisions\/17530"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17529"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17528"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17528"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17528"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}