{"id":17350,"date":"2022-12-12T12:45:51","date_gmt":"2022-12-12T04:45:51","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=17350"},"modified":"2022-12-12T12:45:51","modified_gmt":"2022-12-12T04:45:51","slug":"isteri-sebak-terima-anugerah-ijazah-sarjana-arwah-suami","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/12\/12\/isteri-sebak-terima-anugerah-ijazah-sarjana-arwah-suami\/","title":{"rendered":"Isteri sebak terima anugerah ijazah sarjana arwah suami"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Faezah Binti Roslan (Pelajar Komunikasi FSSK)<\/p>\n<p>\u00a0<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKOTA KINABALU: Perasaan sedih dan bangga hanya mampu dilafazkan oleh seorang isteri yang hadir mewakili arwah suami bagi menerima anugerah ijazah sarjana secara anumerta di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-24.<br \/>\nShahidah Hj. Unding, 45, isteri dan ibu, Kalsum Abdullah Liew Lee Yun, 69, mewakili allahyarham Azizan Mohd Maruf yang meninggal dunia kerana menghidap penyakit talasemia pada 25 Januari 2022.<br \/>\nAllahyarham Azizan merupakan bekas penuntut program Keselamatan dan Kualiti Makanan di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) menghembuskan nafas terakhir di di Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu.<br \/>\nBercerita mengenai punca awal sakit suaminya, Shahidah menyatakan bahawa semenjak arwah suaminya bekerja dan menyambung pelajaran di peringkat sarjana, beliau mengalami stres yang tinggi.<br \/>\nAllahyarham yang bertugas sebagai pegawai penyelidik dalam Sains Pemakanan mula mendapat simptom dan didiagnos menghidapi penyakit tersebut selepas ditugaskan berpindah ke makmal semasa tempoh pengajian sarjananya.<br \/>\n\u201cDoktor mengesahkan arwah suami menghidap anaemia (kekurangan sel darah merah) dan tidak sesuai dengan aktiviti makmal yang terdedah dengan persekitaran kimia.<br \/>\n\u201cWalaupun menderita sakit, arwah masih bersemangat untuk belajar dan sering berjaga malam untuk menyiapkan tugasan.<br \/>\n\u201cArwah terlalu istimewa di mata saya. Dialah teman, imam malahan sebagai rakan sekerja, pegawai penyelidik yang baik dan berdedikasi kepada staf, tiada sifat negatif yang saya lihat padanya.<br \/>\n\u201cArwah suami merupakan seorang pekerja yang berkerja keras dan sanggup menyambung pengajian ijazah sarjana sambil bekerja walaupun sudah berkeluarga.<br \/>\n\u201cBagi saya, tidak ramai orang yang mempunyai semangat kuat seperti arwah,\u201d ujarnya dalam nada sebak.<br \/>\nKatanya lagi, usia perkahwinan yang mencecah 16 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata berusia 8 tahun menjadi penguat semangat bagi Shahidah meneruskan kehidupan dan memberikan yang terbaik untuk kehidupan anaknya.<br \/>\n\u201cKehilangan arwah suami memberikan saya perasaan yang luar biasa seperti tidak bermakna untuk hidup tetapi harus diteruskan untuk melaksanakan tanggungjawab menjadi ibu yang terbaik kepada anak,\u201d tambahnya yang bekerja sebagai seorang penjawat awam.<br \/>\nSebagai rekod, penganugerahan anumerta merupakan penghargaan kepada graduan yang meninggal dunia dan berjaya menyelesaikan lebih 85 peratus pengajian mereka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Faezah Binti Roslan (Pelajar Komunikasi FSSK) \u00a0 \u00a0 KOTA KINABALU: Perasaan sedih dan bangga hanya mampu dilafazkan oleh seorang isteri yang hadir mewakili arwah suami bagi menerima anugerah ijazah sarjana secara anumerta di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-24. Shahidah Hj. Unding, 45, isteri dan ibu, Kalsum Abdullah Liew Lee Yun, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":17351,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-17350","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17350","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17350"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17350\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17352,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17350\/revisions\/17352"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17351"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17350"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17350"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17350"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}