{"id":17261,"date":"2022-12-06T20:03:38","date_gmt":"2022-12-06T12:03:38","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=17261"},"modified":"2022-12-06T20:03:38","modified_gmt":"2022-12-06T12:03:38","slug":"bakal-doktor-ums-tingkatkan-kesedaran-pencegahan-malaria-monyet","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/12\/06\/bakal-doktor-ums-tingkatkan-kesedaran-pencegahan-malaria-monyet\/","title":{"rendered":"Bakal Doktor UMS Tingkatkan Kesedaran Pencegahan Malaria Monyet"},"content":{"rendered":"<p>KUDAT: Pelajar Perubatan tahun 4 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) melaksanakan kajian berkaitan penyakit Malaria Monyet di Kampung Malamam dan Kampung Sakat Malamam, di sini, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Modul Perubatan Komuniti selama tujuh minggu itu antara lain memberi peluang kepada para pelajar perubatan mendekati komuniti setempat, memahami masalah dan keperluan kesihatan penduduk, serta melakukan kajian dan melaksanakan promosi kesihatan. <\/p>\n<p>Majlis perasmiannya disempurnakan Dekan FPSK UMS, Profesor Dr Mohammad Saffree Jeffree.<\/p>\n<p>Katanya, walaupun kes jangkitan malaria secara amnya menunjukkan penurunan, namun jangkitan malaria bawaan haiwan (beruk\/ kera) atau dikenali sebagai zoonotic malaria telah menunjukkan peningkatan. <\/p>\n<p>\u201cModul ini memberikan kelainan kepada pelajar yakni mereka perlu turun padang dan mendekati komuniti dalam persekitaran setempat.<\/p>\n<p>\u201cSelain berkongsi hasil dapatan kajian dan memberi pendidikan kesihatan kepada penduduk kampung, program ini turut diisi dengan pelbagai acara lain seperti perlawanan persahabatan bersama penduduk kampung, acara sukaneka dan juga pertandingan mewarna bagi kanak-kanak,\u201d katanya. <\/p>\n<p>Saffree turut berpesan kepada penduduk kampung untuk sentiasa peka dengan kesihatan diri dan keluarga serta sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan jangkitan malaria dan penyakit-penyakit lain. <\/p>\n<p>\u201cPenduduk juga boleh mendapatkan rawatan di Klinik Pusat Pendidikan Perubatan Desa (Rural Medical Education Centre \u2013 RMEC) yang terletak di Sikuati, Kudat. <\/p>\n<p>\u201cRMEC telah bekerjasama dengan Klinik Kesihatan Sikuati dalam menyediakan rawatan pesakit luar serta rawatan pakar daripada UMS,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Kampung Malamam, Jumial Yakim dan Ketua Kampung Sakat Malamam, Halau Majunkat masing-masing menzahirkan ucapan terima kasih atas inisiatif penganjuran program berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cProgram seperti ini amat bermanfaat kepada seluruh penduduk kampung dan diharap lebih banyak lagi program-program seumpama ini dapat dilaksanakan UMS di sini,\u201d ujar mereka. <\/p>\n<p>Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor berkata, program-program sedemikian bukan sahaja menjadi wadah pembelajaran kepada bakal-bakal doktor perubatan, malah dapat menzahirkan aspirasi UMS untuk mendekati masyarakat di Sabah.<\/p>\n<p>Program tersebut turut disertai para pensyarah, Unit Kawalan Vektor dan Unit Pergigian Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat serta Klinik Kesihatan Lotong.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUDAT: Pelajar Perubatan tahun 4 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) melaksanakan kajian berkaitan penyakit Malaria Monyet di Kampung Malamam dan Kampung Sakat Malamam, di sini, baru-baru ini. Modul Perubatan Komuniti selama tujuh minggu itu antara lain memberi peluang kepada para pelajar perubatan mendekati komuniti setempat, memahami masalah dan keperluan kesihatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":17262,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-17261","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17261","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17261"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17261\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17263,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17261\/revisions\/17263"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17261"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17261"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17261"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}