{"id":17178,"date":"2022-12-01T15:42:12","date_gmt":"2022-12-01T07:42:12","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=17178"},"modified":"2022-12-01T15:42:12","modified_gmt":"2022-12-01T07:42:12","slug":"dun-sabah-luluskan-belanjawan-2023","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/12\/01\/dun-sabah-luluskan-belanjawan-2023\/","title":{"rendered":"DUN Sabah luluskan Belanjawan 2023"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan Sabah 2023 berjumlah RM5.138 bilion, setelah dibahas dan digulung bermula\u00a0Isnin lepas.<br \/>\nSpeaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata\u00a0usul Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) atau Belanjawan Sabah 2023 itu diluluskan dengan suara terbanyak.<br \/>\nPada Jumaat lepas,\u00a0Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan negeri\u00a0 membentangkan\u00a0Belanjawan Sabah 2023 dengan anggaran hasil\u00a0RM5.268 bilion, menjadikan ia belanjawan lebihan berjumlah\u00a0RM130.47 juta.<br \/>\nSementara itu, Hajiji ketika menggulung perbahasan belanjawan itu hari ini berkata kerajaan Sabah menegaskan tidak akan berganjak dengan tuntutan\u00a0hak 40 peratus daripada hasil bersih kerajaan Persekutuan di Sabah seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963.<br \/>\n\u201cSaya telah menyuara dan menegaskan pendirian kerajaan negeri ini dalam Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963&#8230;saya berharap perkara ini tidak lagi diputarbelitkan kerana ia\u00a0boleh menimbulkan kekeliruan kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hajiji berkata sejak 1969, kerajaan negeri\u00a0menerima amaun pemberian khas yang statik tanpa sebarang peningkatan iaitu RM26.7 juta setahun\u00a0dan susulan beberapa perbincangan dengan kerajaan Persekutuan, amaun itu telah berjaya ditingkatkan pada April lepas.<br \/>\n\u201cSaya amat sedar dan tahu bahawa peningkatan pembayaran kepada RM125.6 juta yang telah kita terima pada tahun ini adalah jauh lebih rendah berbanding apa yang sepatutnya diterima kerajaan negeri berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.<br \/>\n\u201cJusteru, saya tekankan peningkatan bayaran itu\u00a0diterima tanpa prejudis atas dasar\u00a0ia adalah pengaturan secara interim,\u201d katanya.<br \/>\nBeliau turut menegaskan adalah hak kerajaan negeri untuk bergantung kepada formula asal pemberian itu seperti dinyatakan Perlembagaan Persekutuan, serta mendapatkan sebarang bayaran tunggakan atas ketiadaan semakan semula pemberian khas itu semenjak 1973.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau berkata sebanyak RM4.2 bilion perbelanjaan\u00a0pembangunan untuk Sabah diperuntukkan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 untuk tempoh lima tahun rancangan itu antara 2021 hingga 2025.<br \/>\nHajiji berkata bagi tujuan pembangunan\u00a0negeri tahun depan, RM788.94 juta diperuntukkan daripada\u00a0Kumpulan Wang Negeri Sabah, dan kerajaan negeri menggangarkan RM607.67 juta diperuntukkan dalam bentuk pembiayaan pinjaman dan imbuhan balik daripada kerajaan Persekutuan.<br \/>\n\u201cBagaimanapun agihan peruntukan (pembangunan) sebenar Persekutuan hanya diketahui selepas pembentangan Belanjawan Negara 2023 oleh kerajaan baharu,\u201d katanya.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan Sabah 2023 berjumlah RM5.138 bilion, setelah dibahas dan digulung bermula\u00a0Isnin lepas. Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata\u00a0usul Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) atau Belanjawan Sabah 2023 itu diluluskan dengan suara terbanyak. Pada Jumaat lepas,\u00a0Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Menteri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":17135,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-17178","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17178","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17178"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17178\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17179,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17178\/revisions\/17179"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17135"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17178"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17178"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17178"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}