{"id":17160,"date":"2022-11-30T21:04:08","date_gmt":"2022-11-30T13:04:08","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=17160"},"modified":"2022-11-30T21:04:08","modified_gmt":"2022-11-30T13:04:08","slug":"ewon-cadang-kkip-poic-dan-sogip-dijadikan-free-trade-zone-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/11\/30\/ewon-cadang-kkip-poic-dan-sogip-dijadikan-free-trade-zone-di-sabah\/","title":{"rendered":"Ewon cadang KKIP, POIC dan SOGIP dijadikan Free Trade Zone di Sabah"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijadikan sebagai Zon Perdagangan Bebas (Free Trade Zone)  di Sabah.<\/p>\n<p>Beliau berkata, ini akan menjadi antara tarikan dan insentif kepada para pelabur dan pengusaha di negeri ini pada masa akan datang.<\/p>\n<p>\u201cDalam dinamik kerajaan persekutuan dan Sabah pada hari ini, saya mencadangkan kepada kerajaan negeri khususnya Kementerian Pembangunan Perindustrian untuk menjadikan KKIP di Kota Kinabalu, POIC di Lahad Datu dan SOGIP di Sipitang sebagai satu kawasan Free Trade Zone.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah satu insentif dan tarikan baharu kepada pelabur-pelabur dan juga para pengusaha yang melabur di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cSaya berpendapat, ini boleh dilakukan dengan komitmen kerajaan persekutuan yang ada pada hari ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika mencelah dengan izin semasa ucapan penggulungan Kementerian Pembangunan Perindustrian pada persidangan dewan undangan negeri, di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Ewon turut mencadangkan supaya kementerian berkenaan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan para pengusaha produk-produk tempatan  Sabah sedia ada di Semenanjung untuk mengwujudkan Tamu Mingguan Borneo di  Johor. <\/p>\n<p>\u201cDi Semenanjung, ada Tamu Sabah, Tamu Borneo iaitu di Klang Velly dan Johor.<\/p>\n<p>\u201cAdakah pihak kementerian bersedia mengambil kepimpinan bekerjasama dengan pengusaha warga Sabah di Semenanjung dan pihak berkuasa tempatan di Klang Velly atau Johor untuk kita memasarkan produk-produk Sabah dalam konsep tamu mingguan?<\/p>\n<p>\u201cKita sudah ada pusat ataupun galeri harian di Semenanjung tapi bagi saya orang Semenanjung pun berminat dengan konsep tamu dan ini sesuatu yang baharu.<\/p>\n<p>\u201cSaya fikir pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan warga Sabah yang sudah sedia ada di Semenanjung untuk menjual produk-produk tempatan Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu,  Ewon mahu Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) di Kadamaian diteruskan dan dilaksanakan di Kg.Togudon Penampang.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Program PANTAS Fasa 1 telahpun dilaksanakan di Kadamaian beberapa tahun lalu dan ia diteruskan di beberapa lagi kampung dalam Fasa 2.<\/p>\n<p>\u201cSaya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meneruskan Fasa Kedua penyukatan PANTAS di Kampung Kiau dan saya berharap dapat diteruskan di Kampung Lobong Lobong, Kg.Kaung, Kg.Tombotuon, Kg.Sayap, Kg.Melangkap, Kg.Gensurai dan Kg.Lasau,\u201d  katanya.<\/p>\n<p>Ewon turut mencadangkan supaya rezab padang ragut yang tidak lagi diperlukan ditukar kepada rezab tanah kampung.<\/p>\n<p>Beliau berkata, ia adalah permintaan penduduk kampung yang mempunyai rezab padang ragut tetapi kini tidak lagi digunakan.<\/p>\n<p>\u201cAda permintaan penduduk kampung di mana sebahagian daripada kampung mereka telah direzabkan untuk kawasan padang ragut tetapi sudah tidak ada penduduk yang mengusahakan ternakan.<\/p>\n<p>\u201cMaka adalah lebih baik rezab padang ragut itu dijadikan rezab tanah kampung kerana populasi penduduk semakin bertambah dan ada keperluan membina rumah baru.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu sekiranya kita dapat menukar rezab padang ragut itu kepada rezab tanah kampung, kita boleh membina pelbagai kemudahan lain seperti  gelanggang sukan, Taska, Tadika, dewan dan sebagainya untuk kebaikan penduduk.<\/p>\n<p>\u201cSecara khususnya, di Penampang, semasa lawatan saya di Kg.Koidupan Sugud baru-baru ini, mereka meminta supaya rezab padang ragut ini ditukar menjadi rezab tanah kampung,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijadikan sebagai Zon Perdagangan Bebas (Free Trade Zone) di Sabah. Beliau berkata, ini akan menjadi antara tarikan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":17161,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-17160","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17160","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17160"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17160\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17162,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17160\/revisions\/17162"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17161"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17160"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17160"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17160"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}